Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 10 Disember 2012

Tidak sepatutnya menabur fitnah di masjid -Mufti Perak

IPOH -  Penggunaan mimbar khutbah untuk tujuan yang tidak sepatutnya, termasuk sebagai medan menabur fitnah dianggap sebagai perkara menyedihkan serta amat dikesali.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya terjadi kerana khatib sepatutnya mengumpulkan semua orang untuk mengingatkan perihal hari kemudan (Akhirat).

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam agar jangan berpecah serta memberi peringatan tentang ancaman Israel ke atas dunia Islam.

"Kita sebagai umat Islam jangan berpecah belah. Seorang pemimpin Israel pernah berkata, selagi Solat Subuh berjemaah tidak seramai Solat Jumaat, mereka tidak perlu takut.

"Tetapi, jika perkara itu terjadi, umat Islam sudah sebulat hati berjuang kerana ALLAH. Jadi bersatu padulah demi perpaduan ummah," katanya ketika merasmikan Surau Rafeah, Meru Perdana, di sini, semalam.

Menyentuh mengenai peranan masjid, beliau menegaskan bahawa masjid bukan hanya dibina untuk menunjukkan kecantikan atau keunikan, tetapi pengisian serta kehadiran masyarakat untuk mengimarahkan masjid lebih diutamakan.

Katanya, masyarakat hari ini tidak merasakan masji atau surau itu milik mereka kerana dibina oleh kerajaan dan mereka akan mohon bantuan kerajaan untuk membaiki segala kerosakan.

"Keadaan berbeza pada zaman penjajahan dahulu yang mana orang ramai bertungkus lumus mengutip dana untuk membina masjid dan mewakafkannya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular