Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 16 Oktober 2009

Bantuan gempa ‘dirompak’

PADANG 7 Okt. – Sekumpulan orang dilaporkan telah bertindak menahan dan merampas bantuan dari negara luar untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Pariaman, dekat sini.

Jurucakap Badan Pengendalian Bencana Sumatera Barat, Ade Edwar berkata, tindakan itu sudah keterlaluan dan pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas.

‘‘Pada masa ini banyak pihak dalam dan luar negara menyalurkan bantuan ke Sumatera Barat, justeru tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu memalukan Indonesia,’’ katanya dipetik agensi berita Antara di sini hari ini.

Pihaknya kata Ade, telah menerima laporan bahawa lori-lori yang membawa bantuan telah ditahan dan semua makanan telah dirampas.

Tambah beliau, pemandu lori terbabit yang ketakutan lari meninggalkan kenderaannya bagi mengelakkan daripada dicederakan kumpulan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa dan polis mengawasi pergerakan kenderaan bantuan khususnya makanan kepada mangsa gempa bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang.

Di Pariaman iaitu kawasan paling teruk dilanda gempa, katanya, penduduk merampas dan melarikan makanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Lebih teruk lagi, ujar beliau, kumpulan penduduk turut memasuki gudang penyimpanan bantuan gempa di Pariaman.

Beliau bagaimanapun mengakui penghantaran bantuan gempa agak perlahan kerana masalah logistik.

Menurut beliau, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa lori bagi menghantar bantuan ke kampung-kampung.

Sewa lori, katanya adalah sekitar RM70 sebuah dan bagi sebuah kampung mungkin memerlukan sehingga empat buah lori bagi menghantar bantuan. – UTUSAN

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular