Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 Oktober 2009

Mercy Malaysia hantar pasukan pembedahan dan perubatan ke Padang

04/10/2009 4:18pm

KUALA LUMPUR 4 Okt — Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) menghantar satu pasukan pakar pembedahan dan perubatan untuk merawat mangsa-mangsa gempa bumi di sekitar Pariaman, Padang, Sumatera, Indonesia.

Presidennya Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata keputusan menghantar pasukan dibuat setelah penilaian pertama yang dijalankan Mercy Malaysia yang ke Padang Khamis lepas, mendapati Pariaman dengan penduduk 600,000 merupakan kawasan kedua paling teruk dilanda gempa bumi yang memerlukan bantuan perubatan.

Pasukan pembedahan itu, yang berlepas hari ini dan esok, terdiri daripada pakar bedah ortopedik, pakar bedah am, pakar bius, doktor perubatan am (GP) dan jururawat, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan itu akan berkhidmat di Hospital Pariaman untuk merawat pesakit berkaitan cedera teruk akibat gempa bumi.

Di samping itu juga mereka akan melakukan pengasingan pesakit yang memerlukan rawatan segera dan rawatan cedera serta sakit selepas kejadian itu dan mengenalpasti mereka yang perlu dimasukkan ke hospital selain menangani keperluan penjagaan kesihatan utama penduduk luar bandar yang menjadi mangsa gempa bumi tersebut. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular