Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 11 Oktober 2009

Bantuan makanan dari Malaysia dalam keadaan baik


Malaysia tidak sesekali tergamak memberi makanan yang telah luput tarikh kepada mangsa gempa bumi di Padang, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Menurutnya, khidmat serta bantuan yang dihulur sentiasa dipastikan berada pada tahap terbaik agar penderitaan mangsa bencana alam di negara jiran itu dapat dikurangkan.

Sehubungan itu, beliau berharap media Indonesia tidak membuat tuduhan melulu sebaliknya mengemukakan bukti terhadap sebarang isu yang dibangkitkan.

”Jika benar bagai dikata, buktikanlah. Kita tidak sekali-kali akan melakukan perkara sekeji itu dan setakat yang saya tahu, bantuan diberi sentiasa di dalam keadaan terbaik tanpa kompromi.

”Susah mahu bercakap tentang media di sana. Sepatutnya mereka bersyukur dan bukannya menuduh sembarangan kerana sikap sebegini mampu membawa implikasi buruk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai dakwaan pihak Indonesia bahawa Malaysia menghantar bantuan makanan yang telah tamat tarikh luput.

Bagaimanapun dakwaan berkenaan tidak berasas dan sengaja diperbesarkan kerana kesemua makanan itu mempunyai tarikh luput pada November dan Disember ini.

Abdul Latiff dalam pada itu turut menasihatkan media Malaysia agar tidak terikut-ikut rentak media Indonesia dalam melaporkan berita sehingga boleh mengeruhkan lagi keadaan.

”Ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kedua-dua negara. Lebih baik kita diamkan saja daripada ‘berlawan’ dengan mereka. Hakikatnya, kita melakukan yang terbaik untuk membantu,” ujarnya.

Ditanya kemungkinan akan ada lagi tambahan penghantaran pasukan bantuan ke Padang, beliau berkata, setakat ini, tiada keputusan dibuat mengenainya.

”Perlu difahami, pasukan kita di sana dihantar bertujuan untuk mencari, menyelamat dan memberi rawatan kepada mangsa. Itu adalah fasa pertama.

”Setelah seminggu bencana itu berlaku, ia kini memasuki fasa kedua iaitu mengawal penyakit berjangkit disebabkan bencana. Pasukan sedia ada itu juga akan beralih tugas ke fasa dua dan jumlah mereka lebih daripada mencukupi,” ujarnya. -Utusan

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular