
PUTRAJAYA: Mahkamah Rendah Syariah Kajang memerintahkan penyanyi dan pengacara, AC Mizal membayar nafkah tertunggak berjumlah RM9,800 hari ini atau dikenakan hukuman penjara 25 hari.
Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah turut memerintahkan pengacara itu dengan nama sebenar, Mizal Zaini, didenda RM1,500 selepas mendapati beliau melanggar dan menghina mahkamah kerana gagal mengemukakan akaun tahunan syarikatnya.
Ia berhubung kes komital atau perintah memenjarakan yang difailkan bekas isterinya kerana menghina mahkamah selepas gagal membayar nafkah anaknya seperti yang diperintahkan.
Bagaimanapun, AC Mizal tidak dipenjarakan selepas akur dengan membayar nafkah tertunggak RM9,800 dan denda RM1,500, sebentar tadi.