Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 22 Februari 2010

HARAPKAN PAGAR --> PAGAR MAKAN PADI ??

(Foto hiasan)


BERITA DARI SINGAPURA
UBAH SUAI PARAS MINYAK

BEBERAPA mekanik di bengkelbengkel di Johor Baharu yang menawarkan khidmat mengubah suai penunjuk paras minyak kereta mendakwa bahawa teknik baru yang digunakan sukar dikesan.

Tidak seperti cara lama pengubahsuaian pada meter minyak yang menggunakan pemutar (dial) untuk menaikkan paras minyak kereta, cara baru menggunakan pemasangan elektronik dan disertakan dengan alat kawalan jauh (remote).

Pemandu kereta hanya perlu menekan alat kawalan jauh itu untuk menggerakkan angka unjuk paras minyak.

Malah salah seorang daripada mereka sanggup memberi jaminan menggunakan alat kawalan jauh lebih selamat dan ia tidak mudah dikesan pihak berkuasa.

Namun mereka sendiri akur tidak ramai pemandu yang ingin ambil risiko dan mahu 'mencubanya'.

Menurut seorang daripada mekanik itu, beliau telah mengubah suai banyak kereta Singapura dan mendakwa tiada seorang pun pelanggannya yang ditangkap pihak berkuasa.

'Kalau guna remote tak kena tangkap punya. Janji awak tak taruk itu benda kat dashboard. Kalau taruk pihak kastam nampak mesti kena tangkaplah,' ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Yong.

Namun Encik Yong, yang bekerja dengan sebuah bengkel di kawasan Taman Sentosa, berkata beliau tidak boleh mendedahkan caranya mengubah suai penunjuk paras minyak itu dan menyifatkan tekniknya sebagai 'satu rahsia niaga'.

Tetapi beliau berkata ia melibatkan pemasangan wayar yang disambung kepada penunjuk paras minyak, dan menambah bawah alat kawalan jauh tersebut beroperasi dengan bateri kecil.

'Kalau saya beritahu awak nanti perniagaan saya akan terjejas. Awak sudah tahu macam mana mahu buat. Ini semua rahsia niaga,' katanya.

Akhbar ini difahamkan, seseorang pemandu yang menggunakan alat kawalan jauh itu hanya perlu menekan butang dan penunjuk paras minyak akan naik secara automatik.

Seorang lagi mekanik di kawasan yang sama mendedahkan lebih maklumat mengenai taktik itu.

Beliau, yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Jeervis, berkata alat tersebut boleh diubah suai untuk menunjukkan paras minyak tiga suku atau paras penuh.

'Awak punya sukalah berapa tinggi paras minyak awak mahu. Ini semua saya boleh buat. Tapi kalau rosak tak ada jaminan daripada kami.

'Kita juga harus tengok jenis kereta sebelum boleh buat. Kalau awak punya penunjuk paras minyak gunakan sistem digital ada susah. Itu macam punya sistem tak boleh buat,' ujarnya.

Tinjauan Berita Harian Singapura ke atas beberapa pemandu juga menunjukkan mereka kurang minat untuk membuat 'pemalsuan' sedemikian.

'Risikonya sangat tinggi, tidak berbaloi kerana nak jimatkan beberapa dolar, hidup merana nanti!' kata seorang pemandu, Encik Musa Jaafar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular