Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Februari 2010

Mahkamah tentukan jumlah ganti rugi dalam kes Manohara 11 Mac



24/02/2010 12:01pm

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mac ini bagi menilai jumlah ganti rugi yang wajar diterima oleh putera Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra berhubung perintah ingkar yang diperolehnya terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot serta ibu wanita itu dalam kes fitnah melibatkan tuntutan RM105 juta.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamed Din menetapkan tarikh itu hari ini dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Mohd. Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, berhubung taksiran ganti rugi itu.

Mohd. Haaziq memberitahu media antara hujahan beliau ialah mahkamah perlu mengambil kira bahawa kata-kata fitnah yang dikeluarkan olah Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina tidak mempunyai bukti, tetapi mungkin mempunyai motif-motif tertentu berdasarkan suasana di Istana Kelantan.

Pada 5 November 2009, Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff membenarkan Tengku Muhammad Fakhry memperoleh perintah ingkar terhadap Manohara dan Daisy setelah mereka gagal melantik peguam bela baru bagi kes berkenan selepas peguam mereka menarik diri daripada mewakili mereka.

Pada 29 Oktober 2009, Shazali memberi tempoh kepada Manohara dan ibunya sehingga 5 November 2009 untuk melantik peguam baru atau menghadapi risiko perintah ingkar dikenakan terhadap mereka. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular