Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 22 April 2012

26 anugerah untuk wanita Perak


IPOH – Seramai 26 individu bakal menerima Anugerah Wanita Mutiara Perak 2012 pada satu majlis yang akan diadakan di Hotel Kinta Riverfront di sini pada 29 April ini.

Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, anugerah yang mengiktiraf golongan wanita berjaya dalam sesuatu bidang bermula dari peringkat bawah itu secara tidak langsung memberi galakan kepada lebih ramai wanita untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

“Mereka antara calon yang disenaraipendek oleh juri profesional dan bagi tahun pertama ini seramai 67 wanita daripada seluruh negeri disenaraikan untuk menyertai anugerah ini.

“Kita mengharapkan kehadiran ramai golongan wanita pada malam gala anugerah ini nanti. Selain meraikan pemenang, secara tidak langsung ia menggalakkan mereka untuk berusaha dan mencabar diri bagi sama-sama berada di pentas anugerah pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Kesemua anugerah berkenaan bakal disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hamidah berkata, selepas menerima senarai calon pada 23 Mac lalu, sekretariat yang ditubuhkan telah menilai, mengkaji dan melihat kesemua laporan berkenaan calon untuk dipilih menerima anugerah berkenaan.

“Panel pemilihan ataupun juri terdiri daripada Toh Puan Umasundari Sambanthan, Tan Sri Nuraizah Abdl Hamid, Senator Heng Seah Kie, Datin Seri Saripah Zulkifli, Puan Sri Datuk Sandra Lee, Datuk Rusnah Kassim, Datin Dr CV Premakumari dan Winnie Loo.

“Panel pemilihan juga akan bersidang pada 23 April ini untuk keputusan akhir pemenang dan segala-galanya sedang giat dijalankan,” katanya.

Tambahnya, pihak penganjur juga menjemput mana-mana organisasi wanita yang masih belum menuntut kad undangan di pejabat Perak Society of Performing Arts (PSPA) di Jalan Sultan Azlan Shah atau boleh menghubungi di talian 05-5487814 untuk pertanyaan lanjut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular