Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 April 2012

Nenek diserang 30 monyet liar



ALOR GAJAH - Demi menyelamatkan seorang cucunya, seorang nenek cedera diserang sekumpulan 30 ekor monyet liar yang sedang menceroboh kediaman mereka di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Zaiton Comel, 83, menerima 14 jahitan di muka, selain kesan calar dan lebam di badan selepas diserang monyet berkenaan.

Selain jahitan di mata kiri dan atas bibir, bawah dagu mangsa juga terkoyak sepanjang kira-kira enam sentimeter.

Zaiton berkata, ketika kejadian, dia sedang duduk di pangkin tidak jauh dari rumahnya, sebelum terdengar cucunya, Umi Amira Syikin Azman, 5, menangis ketakutan apabila sekumpulan monyet masuk ke dalam rumah.

“Pada mulanya saya sangkakan cucu saya menangis kerana kehabi-san susu kerana ibu dan bapanya keluar bekerja, manakala abangnya pula bersekolah. Kemudian dari jauh saya nampak beberapa ekor monyet berkeliaran di halaman rumah.

“Tanpa fikir panjang, saya ambil penyapu dan pergi ke arah cucu saya. Namun, saya terkejut setibanya di halaman rumah, tengkuk terasa berat seperti ada benda berbulu bertenggek,” katanya.

Menurutnya, tiba-tiba seekor monyet menerkam belakang tengkuknya lalu kedua tangan monyet itu mencakar mukanya, sebelum mangsa tersembam atas tanah.

“Saya pukul monyet-monyet itu dengan penyapu tetapi kumpulan monyet liar itu semakin mengganas dan menyerang saya yang terbaring atas tanah. Saya nampak puluhan ekor monyet lagi datang dari setiap arah dan berdiri atas badan saya,” katanya.

Dalam keadaan kelam-kabut, katanya, beberapa ekor monyet terus memijak badannya, selain salah seekor monyet itu menggigit lengan kirinya, bagaimanapun dapat ditepis.

“Selepas itu saya dia tidak ingat apa yang berlaku. Selepas tersedar, saya dia dapati anak saudaranya sudah berada di sisi, manakala cucu saya pula selamat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular