Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 22 April 2012

Penyokong Terengganu berang



KIRA-KIRA 500 peminat meluahkan kemarahan mereka setelah pasukan Penyu tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin. 




KUALA TERENGGANU – Peminat bola sepak Terengganu bertindak luar kawalan selepas berang dengan kekalahan pasukan negeri itu yang tewas 1-2 kepada Sime Darby dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, kelmarin.

Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang serta poster yang meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Mereka bukan setakat membuat kecoh di pekarangan stadium sebaik sahaja perlawanan tamat malam kelmarin, malah kira-kira 100 penyokong bertindak lebih agresif dengan membuat kecoh di hadapan rumah Che Mat.

Tindakan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat penyokong di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah setelah skuad Penyu itu tumbang kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila penyokong beramai-ramai pergi ke rumah Che Mat yang terletak di Kampung Panji Alam dekat sini dengan membuat bising mendesak Che Mat meletak jawatan selain menekan loceng rumah, menggoncang pintu pagar dan membaling batu.

Tiada kecederaan berlaku, namun, kejadian menyebabkan bahagian bumbung di bahagian rumah tersebut mengalami sedikit kerosakan dalam kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular