Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 1 April 2012

Tiada kes culik dilaporkan

SMS dan Internet hangat dengan berita tentang berlakunya kes-kes percubaan menculik. Namun sejauh ini polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.



SINGAPURA - SIASATAN polis menunjukkan tiada kes penculikan atau kejadian membawa lari kanak-kanak yang dilaporkan setakat ini.

Polis membuat kenyataan tersebut menyusuli penerimaan SMS dan kiriman mesej menerusi Internet, yang mendakwa beberapa kes percubaan menculik telah berlaku minggu lalu.

Kononnya, seorang daripada mereka ialah murid darjah tiga daripada Sekolah Rendah Griffiths di Tampines yang dikatakan 'hilang' Khamis lalu. SMS itu mendakwa Kali terakhir murid berkenaan dilihat ialah bersama seorang lelaki warga asing.

Satu lagi 'kes' melibatkan seorang murid perempuan yang dalam perjalanan ke sebuah pusat jagaan pelajar. Murid berkenaan dikatakan diheret masuk ke dalam sebuah van berwarna putih oleh seorang wanita warga asing.

SMS tersebut menasihatkan ibu-bapa agar berwaspada dan memastikan keselamatan anak-anaknya. Penerima SMS itu juga diminta mengirimkan semula SMS tersebut.

Malah, dalam laman Internet, sama ada menerusi laman blog dan Facebook terdapat komen-komen mengenai mesej tersebut.

Ada di antaranya melahirkan rasa bimbang jika kejadian tersebut benar-benar berlaku dan ada yang enggan keluar rumah kerana takut membawa anak-anak mereka keluar.

Diminta mengulas tentang kejadian tersebut polis berkata, pihaknya sedar akan SMS dan mesej sedemikian yang telah dikirimkan.

Polis menggesa orang ramai supaya tidak mengirimkan semula atau mengedar maklumat yang tidak berasas kerana ia boleh menyebabkan keadaan cemas yang tidak wajar di kalangan penduduk.

Polis menggesa orang ramai yang menghadapi pengalaman sedemikian atau menemui orang-orang yang mencurigakan agar segera menghubungi polis ditalian 999.

Polis juga menasihatkan ibu bapa dan para penjaga agar melindungi anak-anak mereka daripada menjadi mangsa jenayah.

Salah satu cara ialah dengan memastikan agar anak-anak mereka ditemani pada setiap masa.

Ibu bapa dan para penjaga juga tidak sepatutnya membiarkan anak-anak hilang dari pengawasan mereka dan mengajar mereka cara-cara mengelak daripada mengikuti orang-orang yang tidak dikenali.

Mereka juga perlu memaklumkan sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak jika mereka telah membenarkan orang lain untuk menjemput anak-anak mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular