Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Mei 2014

Murid Malaysia, Indonesia kemalangan di Perth

Foto Hiasan

PERTH - Seramai 13 murid rakyat Malaysia dan Indonesia dikejarkan ke hospital selepas bas yang dinaiki terbalik dan menjunam ke dalam parit di Gidgegannup, Perth, malam tadi.

Difahamkan, bas yang dinaiki murid berumur antara 10 hingga 12 tahun dari kumpulan alam sekitar E-Ija Malaysia dan Tunas Indonesia, itu menuju ke Lake Leschenaultia bersama lapan penjaga hilang kawalan dan terperosok ke dalam parit saliran.

Menurut polis Australia, tiga daripadanya dipercayai mengalami tulang patah dan semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Walaupun mengalami kecederaan serius, mereka dalam keadaan stabil dan tidak berbahaya," kata polis dalam satu kenyataan di sini.


Lapan mangsa lagi dilaporkan stabil dan ditempatkan di dua hospital di Perth manakala jumlah kerakyatan masih belum diketahui.


Lapan penjaga murid terbabit juga dimasukkan ke hospital namun tahap kecederaan mereka tidak diketahui dan masih dirawat.

Menurut siasatan awal, kemalangan berpunca dari cuaca kabus tebal yang mengehadkan penglihatan pemandu menyebabkan kenderaan itu terbabas, lapor akhbar The West Australian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular