Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 12 Mei 2014

PANAS: Mantan MB Terengganu Keluar UMNO


KUALA TERENGGANU -  Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO, malam tadi.

Ghazali ketika dihubungi tadi mengesahkan perkara itu.

Surat perletakan jawatan mereka berdua diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Salinan surat peletakan jawatan itu turut dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Mohd Zubir Embong dan juga dipercayai diedarkan kepada media.

Mereka berdua juga mengisytiharkan menjadi ADUN bebas berkuat kuasa serta-merta.


Berikutan itu, Barisan Nasional kini tinggal 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 32 kerusi iaitu sama dengan pembangkang.

Difahamkan Ghazali dan Ahmad Said akan mengadakan sidang media siang nanti.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular