Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Mac 2011

Tukul Arwana Minta Benteng Keraton Buton Dilestarikan


FOTO: Tukul Arwana



BAUBAU,(Sultra): Pelawak Tukul Arwana ketika berkunjung ke Benteng Keraton Buton, Sulawesi Tenggara (Sultra), meminta pemerintah dan masyarakat Kota Baubau untuk melestarikan benteng peninggalan sejarah Kesultanan Buton itu.

"Benteng Keraton merupakan peninggalan luar biasa yang dimiliki oleh negeri ini. Oleh karena itu masyarakat harus merawatnya dengan baik, kalau `nggak merawatnya berarti orang tersebut `katro`," ujar Tukul Arwana di Baubau, Selasa.

Ia menambahkan, proses pembuatan Benteng Keraton Buton yang konon kabarnya salah satu bahan bakunya menggunakan telur dan kapur, menggambarkan bahwa masyarakat Buton pada zaman dahulu bersatu padu untuk mempertahankan kerajaan wilayah itu.

"Budaya ini yang harus ditiru oleh masyarakat Buton, dan harus bisa mencintai dan mempunyai rasa memiliki terhadap kekayaan sumber daya alam yang dimiliki, kalau tidak `ta` (saya) sobek-sobek," ujarnya seraya sambil melawak.

Tukul mengatakan, dirinya sangat bersyukur bisa menginjakkan kakinya di kota pemilik benteng keraton terluas dan terpanjang di dunia itu. Di Lokasi Benteng Keraton Buton, ia bisa mengunjungi sejumlah tempat bersejarah di antaranya Makam Sultan Buton I, Murhum.

Dia juga memasukkan kakinya ke dalam batu "Popauwa", batu tempat pelantikan dan pengambilan sumpah para raja dan sultan Buton pada zaman dahulu. Dengan sedikit gurauan Tukul memasukkan kedua kakinya hingga lutut secara bergantian.

Kedatangan Tukul Arwana di Kota Baubau dalam rangka syuting pembuatan iklan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-45 Provinsi Sulawesi Tenggara (Sultra) yang akan dilaksanakan di Kota Baubau.

Tukul juga telah mengunjungi sejumlah tempat di Sultra untuk pengambilan gambar pendukung iklan tersebut.

"Halo Sultra masa depan Indonesia," tukas Tukul ketika selesai syuting.

Pakar bedah diheret ke mahkamah kerana bil $26j


FOTO: Dr Lim berhujah kadar bayaran yang dikenakannya telah disetujui Pengiran Anak Hajah Damit, yang akhirnya meninggal dunia pada 2007.

Antara lain dikata naikkan lipat kali ganda bil khidmat doktor lain kepada pesakit diraja Brunei



SINGAPURA:- KES seorang pakar bedah mengenakan bil setinggi $26 juta terus mendapat perhatian ramai, terutama sektor perubatan, selepas doktor terbabit, Dr Susan Lim, mendakwa jumlah 'menjolok mata' itu telah dipersetujui pesakitnya, seorang kerabat diraja Brunei.

Dr Lim mendakwa pesakitnya, Pengiran Anak Hajah Damit, adik perempuan Permaisuri Brunei dan sepupu Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, tahu dan setuju tentang kadar rawatan purata antara $100,000 dengan $200,000 yang dikenakan sehari itu.

Jumlah tinggi itu bagi khidmat pakar yang disediakan Dr Lim antara 15 Januari 2007 dengan 16 Jun 2007 dan termasuk bayaran yang dikenakan doktordoktor dan kakitangan perubatan lain yang merawat pesakit barah buah dada itu.

Pengiran Anak Hajah Damit, 51 tahun, namun meninggal dunia lewat Ogos 2007.

Fakta itu dibentang dalam kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi antara Dr Lim dengan Majlis Perubatan Singapura (SMC), yang mendakwa beliau mengenakan bayaran terlalu tinggi.

Dakwaan SMC itu timbul setelah Dr Lim meminta Mahkamah Tinggi mengadakan Semakan Kehakiman ke atas langkah SMC membentuk jawatankuasa disiplin (DC) kedua bagi menyiasat kesnya.

Ini selepas perbicaraan DC pertama ditamatkan pada Julai lalu ekoran pengunduran anggotanya menyusuli dakwaan peguam Dr Lim bahawa ia tidak berlaku adil.

Namun, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengenakan ke atas Dr Lim tuduhan menyalah guna kepercayaan pesakit yang dikenali dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi.

Kesemuanya, MOH mengenakan 94 tuduhan ke atas Dr Lim, 10 daripadanya melibatkan khidmat yang disediakan para pakar lain.

Sebanyak 10 tuduhan itu mendakwa Dr Lim menaikkan bil, salah satunya sehingga 526 ganda.

Antara bil itu ialah invois $3,000 daripada Dr Chan Tiong Beng yang dinaikkan Dr Lim kepada $285,000, dengan beliau mengenakan bayaran tambahan bagi tugas 'kontraktor utama'.

Menurut Dr Lim, beliau perlu berada di sisi Pengiran Anak Hajah Damit setiap masa, bahkan pesakitnya itu tidak akan meneruskan sebarang prosedur tanpa kehadirannya.

Dr Lim berkata malah beliau perlu mengorbankan banyak masa keluarga dan janji temu dengan pesakit lain, termasuk dari luar negara, kerana terpaksa melayan kehendak pesakitnya itu.

Beliau dikenali sebagai doktor Asia pertama berjaya melakukan pembedahan pemindahan hati.

Sejauh ini, lima doktor telah memfailkan afidavit masing-masing berkenaan 10 dakwaan itu.

Kandungan afidavit yang difailkan Dr Chan Tiong Beng, Dr Koo Chee Choong, Dr Khor Tong Hong, Dr Yap-Whang Hwee Yong dan Dr Tanny Chan, yang dibentangkan di mahkamah kelmarin rata-rata menyatakan mereka tidak rasa ditipu atau dipermainkan oleh Dr Lim.

MOH mula mendapat tahu tentang kes Dr Lim pada Julai 2007 setelah pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan Brunei (MOHB) menemui rakan sejawatannya di sini, Profesor K. Satku, untuk mendapatkan diskaun bagi bil Dr Lim.

Profesor Satku bagaimanapun menggesa MOHB menulis surat kepada MOH mengenai bil itu, yang dianggapnya 'terlalu tinggi dan boleh memberi kesan buruk pada Singapura'.

Profesor Satku kemudian mengarahkan klinik Dr Lim digeledah bagi mencari bukti.

Pada Ogos 2007, Dr Lim menulis surat kepada pegawai di Brunei supaya mengabaikan bayaran bagi khidmat yang disediakan doktor-doktor lain dan memberi diskaun 25 peratus ke atas khidmat yang beliau berikan.

Beliau juga memohon maaf atas 'kesilapan yang tidak disengajakan'.

Namun, MOHB meminta MOH campur tangan setelah mendapati beberapa invois yang dikeluarkan Dr Lim - termasuk bagi khidmat yang belum dilakukan - terlalu tinggi dan tidak dapat diterima.

Menyusuli itu, Dr Lim mengurangkan lagi bil yang dikenakan kepada $3.25 juta.

Malah beliau dan suaminya, pegawai bank Deepak Sharma, pergi ke Brunei pada Januari 2009 bagi menyarankan semua bil bagi khidmat yang disediakannya dan pihak ketiga tidak dikenakan, dengan syarat kerajaan Brunei mengeluarkan kenyataan tidak meneruskan kes itu.

Tawaran beliau tidak diterima.

Lagi insiden kerajaan Selangor belakangkan Sultan



FOTO: Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan watikah pelantikan Canselor Unisel kepada Raja Arshad Raja Tun Uda di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, semalam.





SHAH ALAM:-- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak agar mematuhi peruntukan perlembagaan Universiti Selangor (Unisel) yang menetapkan pemilihan dan pelantikan canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda.

Dalam perlembagaan Unisel, titah baginda, dinyatakan dengan jelas bahawa canselor universiti itu ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda.

“Justeru adalah tanggungjawab beta untuk menggunakan segala kebijaksanaan beta untuk memilih mereka yang beta percayai, sesuai dan berpotensi untuk mewakili beta menerajui Unisel ke arah kemajuan serta kecemerlangan.

‘‘Oleh yang demikian, beta berkenan menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor agar perkara ini tidak disalahertikan dan dipolitikkan,” titah baginda.

Baginda bertitah pada majlis penyerahan watikah pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Pada 14 Februari lalu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali mengumumkan pelantikan Raja Arshad sebagai Canselor Unisel menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menamatkan khidmatnya pada 5 Februari lalu.

Tindakan Halimah mengumumkan pelantikan Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd. itu dilihat seolah-olah membelakangi bidang kuasa Sultan Selangor dalam soal itu.

Ini kerana, meskipun pemilihan Raja Arshad telah mendapat perkenan Sultan Selangor, pelantikannya harus dibuat oleh baginda berdasarkan perlembagaan Unisel.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan Unisel supaya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan politik kepartian yang akan menjejaskan kepercayaan pelbagai pihak kepada universiti itu.

Titah baginda, penglibatan Unisel dalam politik kepartian hanya akan menimbulkan banyak masalah, malah merugikan universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sejak 1999.

‘‘Para ibu bapa juga akan merasa ragu-ragu untuk membenarkan anak mereka melanjutkan pelajaran di universiti ini. Beta tidak mahu perkara seumpama itu terjadi kepada Unisel kerana aset utama sesebuah universiti ialah pelajar-pelajarnya,” titahnya.

Pada masa sama, baginda meminta kepimpinan tertinggi Unisel menjalankan fungsinya dengan baik untuk kemajuan pendidikan dan pelajaran anak bangsa, selain mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi.

Baginda juga mahu Unisel menumpukan kepada sukatan mata pelajaran terasnya untuk menghasilkan graduan berkualiti dalam bidang berkaitan perindustrian memandangkan Selangor merupakan negeri pertama yang mempunyai pembangunan industri pesat.

‘‘Oleh itu, keperluan untuk melengkapkan industri-industri ini adalah penting.

‘‘Maka, tugas Unisel untuk mengeluarkan graduan-graduan yang berkaliber adalah penting bagi memajukan lagi industri di Selangor, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi negeri ini,” titah baginda.

Kenduri: 20 gigit jari ditipu mak nyah




FOTO: Mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.





GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.

Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.

“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

“Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata lelaki berusia lewat 20-an itu.

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya. “Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya,” katanya.

Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu. Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.

Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.

Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000

“Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.

“Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah,” katanya. Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.

“Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.

“Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.

“Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.

“Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

‘Kami tiada niat lawan ulama’




FOTO: SEORANG pengunjung menyentuh jenglot yang dipamerkan dalam satu pameran di Kuala Terengganu (foto hiasan).






KUALA TERENGGANU – Penganjur pameran kontroversi bertemakan Masyarakat Berakidah, Dynasty Event Sdn. Bhd menegaskan, tidak timbul isu pihaknya menentang keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana program itu sendiri telah dirancang sealiran dengan tuntutan agama.

Pengerusinya, Dr. Abdul Manan Embong berkata, pameran itu kelak bukan bertujuan untuk memaparkan artifak dan objek mistik semata-mata, malah untuk membendung akidah umat Islam daripada terus terpesong.

Menurutnya, mereka sudah berbincang dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Mufti Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memastikan program itu mencapai objektif yang ditetapkan.

“Kami cukup kesal kerana hasrat murni program ini telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan memberi gambaran negatif,’’ katanya di sini semalam.

Remaja: ‘Goyang lalok’ rai hari lahir



(Foto hiasan)



KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu meraikan hari lahir rakan secara luar biasa, 25 lelaki dan lima wanita ditahan ketika ‘goyang lalok’ dalam satu parti liar dadah dan arak yang dianjurkan mereka di sebuah hotel di Jalan Pudu, Pudu Ulu di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ketika asyik menari dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Malah, ada dakwaan mengatakan kumpulan terbabit turut melakukan hubungan seks ketika meraikan majlis hari lahir seorang daripada mereka. Semua mereka dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah, antaranya Eramin 5, methapetamin dan Ecstasy.

Menurut sumber, sepasukan polis bergegas menyerbu bilik hotel bertaraf tiga bintang itu selepas menerima aduan daripada penghuni lain kerana kumpulan terbabit dikatakan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman mereka.

“Ketika serbuan dilakukan, ada segelintir daripada kumpulan terbabit masih menari kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kumpulan terbabit

“Hasil ujian air kencing yang dilakukan, 19 daripada mereka termasuk dua wanita didapati positif dadah. Malah, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah yang digunakan dalam parti berkenaan.

“Mereka semua akan direman sehingga hari ini (semalam) dan akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini),” katanya.

Mohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau perkembangan anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Pengusaha bas puas hati kemudahan di TBS-BTS




FOTO: PELBAGAI kemudahan yang disediakan di TBS-BTS memberi keselesaan kepada orang ramai dan pengusaha bas.






KUALA LUMPUR – Sebanyak 43 pengusaha bas yang memulakan operasi di Terminal Bersepadu-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini semalam berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Rata-rata pengusaha melahirkan rasa kagum dengan terminal tersebut yang menjanjikan keselesaan kepada orang ramai.

Menurut kakitangan Metrobus Ekspres, Hafizi Ismail, 19, keadaan di terminal baru itu jauh lebih baik daripada terminal sementara yang dibuka di Bukit Jalil sebelum ini.

“Apa yang saya lihat hari ini (semalam) di sini tahap keselamatan dan keselesaan pengunjung diutamakan. Tempat letak kenderaan pula banyak dan semua kawasan berhawa dingin,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular