Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Julai 2011

Penyanyi Hasnah Haron meninggal dunia




JOHOR BAHRU - Penyanyi popular lewat tahun 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Jenazah Hasnah yang popular dengan lagu-lagu seperti Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini selepas Solat Asar.

Tiada aduan sosej usus babi




ALOR SETAR – Kementerian Kesihatan belum menerima sebarang aduan mengenai sosej dari negara jiran yang dikatakan mempunyai kandungan usus babi seperti yang disebarkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan hanya dibuat setelah menerima aduan berhubung perkara itu termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengenal pasti kandungannya.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terperinci tentang sosej yang dikatakan tercemar itu tampil membuat aduan.

“Tindakan hanya dilakukan jika ada laporan atau aduan. Jadi orang ramai diminta membuat aduan di Kementerian Kesihatan atau mana-mana pejabat Kesihatan berhampiran agar langkah selanjutnya dapat diambil,” katanya.

WN Indonesia pukul kekasih hingga maut

Anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.




JOHOR BAHRU - “Jangan campur urusan aku,” kata seorang lelaki ketika cuba dileraikan jiran apabila dia memukul kekasihnya bertubi-tubi menggunakan beg sebelum wanita itu terjatuh dan terhentak pada bucu televisyen lalu meninggal dunia akibat parah di kepala, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di Jalan Berembang, Kampung Rumah 10, Plentong, di sini, suspek seorang warga Indonesia, Edy, 28, tergamam melihat kekasihnya yang juga dari Indonesia, terbaring tidak sedarkan diri sejurus terhentak pada bucu televisyen lama di tepi rumah sewa mereka.

Menurut saksi, Abd Kadir Saman, 57, dia terdengar bunyi bising lalu bergegas keluar rumah sebelum melihat mangsa dikenali sebagai Ana, 28, terbaring berlumuran darah di depan rumah sewa pasangan berkenaan yang ketika itu dikerumuni orang ramai.

Menurutnya, panik dengan kejadian itu, suspek dipercayai cuba melarikan diri dengan memberi alasan ingin berjumpa rakan dan akan datang kembali untuk menguruskan hal mangsa, namun dihalang orang ramai di tempat kejadian.

“Dengan muka pucat lesi dia memberi alasan mahu keluar berjumpa rakan, tapi dihalang orang ramai. Pada masa sama, pemilik rumah menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian sebelum mengesahkan wanita terbabit sudah meninggal dunia.

Tragedi bola sepak: Penonton buta

Jazimin yang disahkan buta mata kanan ditemani ibunya di PPUM, semalam.



KUALA LUMPUR - Semangat membara seorang peminat bola sepak negara memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu berakhir tragedi apabila dia disahkan doktor buta mata kanan akibat terkena mercun yang dilempar penonton tidak bertanggungjawab.

Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, mengalami kecederaan parah pada bebola mata kanannya yang rosak akibat terkena serpihan mercun yang dilemparkan sejurus puluhan ribu penyokong tamat menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan dimulakan kira-kira jam 8.40 malam.

Menceritakan kejadian, Ahmad Jazimin yang menjalankan perniagaan mencetak kad kahwin berkata, dia bersama beberapa rakan lain daripada Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) duduk di tempat terbuka dalam stadium berkenaan.

“Sebaik saja lagu Negaraku habis dinyanyikan, saya terdengar bunyi letupan dan ketika itu juga mata terasa pedih. Saya kemudian merasakan sesuatu mengalir dari mata kanan. Apabila saya pegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dua rakan yang berada berhampiran memapah saya keluar.

“Rakan membawa saya keluar di celah ribuan penonton lain ke sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya yang ditemani ibu, Surakiah Mamat, 63, ketika ditemui di PPUM, semalam.

Malek Noor Sudah Bertaubat

Malek dan Amelin.





KUALA LUMPUR - Sebelum ini, umum tahu Malek Noor telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya.

Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun.

Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.

“Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.

“Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu,” ujarnya sambil tersenyum.

Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.

“Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini,” luahnya jujur.

Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.

Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: “Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya.”

Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah.

Kecoh dua bazar Ramadan setempat

Para peniaga bazar Ramadan Masjid Umar Al-Khattab membuat bantahan di Bayan Baru, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Peniaga bazar Ramadan Masjid Umar Al-Khattab, Bayan Baru dekat di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membenarkan satu lagi bazar dibuka tidak jauh dari situ.

Bazar Ramadan baharu di Jalan Mayang Pasir yang terletak kira-kira 10 meter dari pagar masjid itu diuruskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Negeri (JKKN) Mayang Pasir.

Pengerusi Penganjur bazar Ramadan Masjid, Ismail Yahya berkata, tindakan MPPP memberi kelulusan lokasi baharu itu amat mengecewakan peniaga bazar Ramadan masjid.

Katanya, bazar Ramadan di dalam kawasan masjid itu diurus oleh pihak pengurusan masjid tersebut sejak telah 20 tahun lalu.

“Malangnya, tahun ini MPPP enggan memberi permit niaga di sini (masjid) sebaliknya membenarkan JKKN Mayang Pasir menguruskan bazar Ramadan di tapak yang baharu pula.

“Lokasi baharu ini pasti mengganggu peniaga-peniaga di bazar Ramadan masjid yang telah sinonim dengan penduduk di sini,” katanya.

Graduan IPTA sebar ideologi Salafiah Jihadiah




KUALA LUMPUR – Seorang graduan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ditahan pihak berkuasa tahun lalu dipercayai telah menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan ideologi Salafiah Jihadiah bagi merekrut anggota militan baharu.

Dia yang merupakan Ketua Sel Tandzim al-Qaeda Asia Tenggara, Jemaah Islamiah (JI) telah mengendalikan enam buah blog, 37 artikel dan 35 audio (MP3) dalam usaha menyebarkan dakyah militan.

Sumber keselamatan memberitahu, blog pertama yang dibina oleh pelajar tersebut adalah Khattab Media Publication pada 12 Mei 2008.

“Isu-isu yang dibincangkan dalam blog itu menjurus kepada kewajipan untuk berjihad di Selatan Thailand.

“Tulisan itu juga menyeru agar Kerajaan Malaysia dan lain-lain negara Islam yang didakwa sekular dan pengamal bidaah digulingkan,” kata sumber itu baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan dalam blog Khattab Media, graduan berkenaan yang berumur 28 tahun yang juga merupakan ahli Majlis Syura Mujahidin mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan iaitu ‘Operasi Taubah’ untuk menggulingkan kerajaan Sekular Islam di negara-negara di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Memetik laman web http://mp3 jihad.blogspot.com, terdapat beberapa koleksi kuliah jihad, syarahan hadis-hadis pilihan dan syarahan surah At-Tawbah dalam format MP3 yang disampaikan sendiri oleh graduan berkenaan.

Cari jodoh: Dukun perkosa gadis 17 di kamar




INDRAMAYU — Seorang dukun yang mengaku bisa membantu mencarikan jodoh, kemarin malam, ditangkap polisi setelah beberapa kali menodai pasiennya, seorang anak baru gede (ABG).

Casdirah (35), warga Blok Sawah, Desa/Kecamatan Pasekan, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, melaporkan Ron (34), dukun asal Desa Kreo, Blok 5, Kecamatan Klangenan, Kabupaten Cirebon, dengan tuduhan menodai Cas (17), anak gadisnya, saat diminta membantu mencarikan jodoh.

Pelaku diciduk ketika "mengobati" korban pada malam ketiga. Menurut Casdirah, beberapa hari lalu, ia diperkenalkan seorang tetangganya dengan Ron. Ron pun datang ke rumah Casdirah. Ron mengatakan, berdasarkan hasil penglihatan batin di tubuh Cas itu terdapat sebuah batu yang ditunggui mahluk halus. Batu itu yang menghalangi jodoh anak gadis itu.

Supaya Cas cepat memperoleh jodoh, batu penghalang itu harus disingkirkan. Untuk menyingkir batu di tubuh ABG itu harus dilakukan di dalam kamar. Casdirah dan anggota keluarga yang lain disuruh menunggu di ruang tamu sambil terus berdoa.

Seusai pengobatan malam pertama, wajah Cas tampak murung. Malam kedua Ron datang lagi sambil mengatakan, masih ada mahluk halus di tubuh Cas sehingga harus diobati lagi. Ron pun masuk kamar bersama Cas, sementara orangtuanya disuruh menunggu di ruang tamu sambil terus berdoa.

Berjam-jam dukun itu berada di kamar bersama anaknya. Hal itu membuat Casdirah mulai curiga. Sepulangnya Ron, ia menanyakan apa saja yang diperbuat dukun muda itu. Dengan mata memerah, Cas mengaku malam itu dinodai Ron.

Mendengar pengakuan itu, Casdirah marah. Diam-diam ia membuat perangkap. Ron dipanggil lagi dengan alasan melanjutkan pengobatannya. Beberapa saat ketika berada di dalam kamar, Casdirah memanggil petugas dan menangkap dukun cabul itu.

Suami di Tahanan Polisi, Isteri Selingkuh



MAKASSAR - Sri Rahayu (24) warga Jl Bonto Manai, Lr 1, Kecamatan Talamate ketangkap basah sedang bersama oleh warga dengan seorang pemuda yang masih rekan kerjanya, Minggu (31/7/2011) dini hari.

Ke dua pasangan ini diduga berselingkuh itu juga diduga memiliki buah hati yang masih berumur 20 hari.

Sri Rahayu merupakan istri Ahmad (37) yang ditahan Polres Barru dengan kasus pencurian. Pasangan suami istri tersebut memiliki dua anak yang masih bersekolah.

Ditahan, Buah asal Malaysia dan Singapura



PONTIANAK - Balai Karantina Pertanian Kelas I Pontianak menahan puluhan kilogram buah impor ilegal dari Malaysia dan Singapura. Buah segar itu terpaksa ditahan karena tidak dilengkapi dengan sertifikat dari negara asal.

Kepala Balai Karantina Kelas I Pontianak Azmal Az mengatakan, buah segar itu disita dari tiga pemilik berbeda. Mereka ada penumpang Kal Star dari Kuching, Negara Bagian Serawak, Malaysia dan Batavia Air dari Singapura.

"Buah tidak dilengkapi dengan sertifikat dari negara asal dan Pontianak bukan merupakan salah satu bandara yang ditunjuk untuk memasukkan buah impor," kata Azmal. Minggu (31/7/2011).

Buah yang tidak dilengkapi dengan sertifikat kesehatan dari negara asal, tidak memiliki kelayakan konsumsi di Indonesia.

"Buah termasuk media pembawa penyakit jadi sertifikat itu sangat penting," ujarnya.

Sambut Ramadan, Semua Tempat Hiburan Malam di Jakarta Ditutup




JAKARTA - Bulan Ramadan diperkirakan jatuh pada 1 Agustus Senin besok. Untuk menyambut bulan suci itu, seluruh tempat hiburan di Jakarta akan tutup total 2 hari, mulai malam ini.

"Mulai malam ini seluruh tempat usaha hiburan malam akan tutup total sampai tanggal 1 Agustus besok," ujar Ketua Asosiasi Pengusaha Hiburan Malam, Adrian Meilate, kepada wartawan, Minggu (31/7/2011).

Adrian mengatakan, khusus tempat hiburan yang waktu beroperasinya diatur, akan kembali buka pada tanggal 2 Agustus. Tempat hiburan yang waktu diatur boleh buka pada pukul 20.30 WIB sampai 01.30 WIB.

"Itu seperti karoke keluarga dan tempat hiburan di hotel-hotel bintang lima," jelasnya.

Selain yang waktu bukanya diatur, tempat hiburan malam juga ada yang ditutup total sampai Idul Fitri nanti. Oleh karena itu, Adrian berharap semua tempat hiburan malam mematuhi aturan-aturan ini.

"Yang jelas untuk nanti malam dan besok kalau ada yang coba-coba melanggar sanksinya bisa sampai pencabutan izin. Begitu juga untuk tutup penuh sampai lebaran nanti. Aturan ini sudah 7 tahun berjalan jadi saya harap tidak dilanggar," terang Adrian.

"Janganlah kita cederai bulan Ramadan ini," katanya.

Di Jakarta terdapat 1.300 tempat hiburan yang memiliki izin usaha resmi. Selama bulan Ramadan, 200 titik usaha akan tetap bukan dengan waktu yang diatur. Namun, meskipun diatur untuk nanti malam, dan saat malam Nuzulul Quran, H-1 lebaran, hari lebaran dan H+1 lebaran mendatang tempat usaha ini harus tutup.

Khusus bagi pengusaha tempat hiburan malam yang usahanya ditutup total selama bulan suci Ramadan, Adrian mengingatkan agar segera memberikan hak karyawan.

"Saya juga sudah imbau agar gaji, tunjangan hari raya (THR) diberikan dari sekarang. Karena efektif bekerja tinggal dua hari lagi," tegasnya.

Terkait ancaman adanya sweeping oleh kelompok-kelompok tidak bertanggungjawab, Adrian berharap hal itu tidak akan terjadi. Namun, sebagai antisipasi pihaknya mengaku telah berkoordinasi dengan Polda Metro Jaya.

"Pak Kapolda kan sudah jelas menyampaikan jangan ada sweeping, kalau mantau sah saja, tapi tidak main hakim sendiri," tandasnya.

Ritual Padusan, Ribuan Orang di Parangtritis

Ribuan pengunjung memadati pantai Parangtritis, Bantul, DI Yogyakarta (31/7/2011) untuk mengikuti Ritual padusan jelang masuk bulan Puasa.




BANTUL - Ribuan pengunjung memadati Pantai Parangtritis, DI Yogyakarta, untuk melakukan ritual padusan atau mandi besar menjelang masuknya bulan puasa, Minggu (31/7/2011).

Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap sehari menjelang masuknya bulan puasa, warga di DI Yogyakarta dan sekitarnya selalu menggelar ritual padusan. Pantai parangtritis adalah tempat yang selalu diserbu warga untuk melaksanakan ritual tersebut.

"Guna antisipasi agar tidak terjadi lakalaut, kita siapkan semua regu untuk mengamankan jalannya ritual padusan," ujar Sekretaris SAR Parangtritis, Taufik Faqih Usman.

Taufik menambahkan, selain 73 personel SAR pihaknya juga dibantu oleh 100 personil dari kepolisian. Pengunjung sudah memadati Pantai Parangtritis sejak pukul 11.00 WIB dan puncak kepadatan pengunjung terjadi sekitar pukul 15.00 WIB.

Sementara itu dari data di Tempat Penarikan Restribusi Obyek Wisata Pantai Parangtritis, hingga pukul 18.00 WIB, jumlah pengunjung yang datang mencapai 19.000 orang. Jumlah ini hampir dua kali lipat dibanding jumlah pengunjung pada ritual padusan tahun lalu yang hanya mencapai 11.000 orang.

Penganut Islam Aboge Menetapkan Awal Ramadan 2 Agustus 2011




JAKARTA - Penganut Islam Aboge di Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah meyakini awal Ramadan jatuh pada hari Selasa, 2 Agustus 2011. Perhitungan mereka didasarkan pada kalender Jawa yang sudah turun temurun dan masih digunakan hingga sekarang.

Sesepuh Islam Aboge, Sopani, mengatakan, Penganut Islam Aboge biasa menggunakan perhitungan hari atau tanggal yang digunakan para wali sejak abad ke-14, yakni berdasarkan perhitungan Jawa yakni Pon, Wage, Kliwon, Manis (legi), dan Paing yang merupakan pasaran dalam perhitungan 12 bulan yang dalam sebulan terdiri atas 29-30 hari.

Rangkaian ini diyakini penganut islam aboge merupakan dalam kurun waktu delapan tahun atau satu windu terdiri dari tahun Alif, Ha, Jim, Awal, Za, Dal, Ba, Wuwu, dan Jim akhir.

"Sehingga Penganut Islam Aboge meyakini perhitungan awal Ramadan berdasarkan Sa-Nem-Ro (Puasa-ene-loro) atau Do-Nem-Ro (Ramadhan-enem-loro) yakni awal puasa pada hari keenam dan hari pasaran kedua yang dihitung dari hari pertama tahun Be (Be-Mis-Gi) oleh karena itu hari pertama tahun Be jatuh pada hari Kamis dengan pasaran Legi," terangnya kepada wartawan, Minggu (31/07/2011).

Berdasarkan keyakinan inilah, penganut islam aboge meyakini hari Kamis Legi sebagai awal perhitungan.

"Sehingga untuk menghitung awal puasa Ramadan menggunakan perhitungan Sa-Nem-Ro atau Do-Nem-Ro inilah awal puasa atau tanggal 1 Ramadan jatuh pada hari keenam (enam) dan pusara kedua (loro) yakni Selasa Phaing atau 2 Agustus 2011. Itu karena hari pertama tahun Be jatuh pada Kamis Legi sehingga hari keenamnya jatuh pada hari Selasa dengan hari pasaran pertama Legi dan hari pasaran keduanya adalah Pahing," jelasnya.

Sopani menambahkan, hasil perhitungan itu juga dapat digunakan untuk menentukan tanggal 1 Syawal, yakni menggunakan perhitungan Syawal-Siji-Loro atau Wal-Ji-Ro yang berarti 1 Syawal pada hari pertama dengan hari pasaran kedua. Oleh karena itu, tanggal 1 Syawal 1432 Hijriah jatuh pada hari Kamis Legi, yakni 1 September 2011.

Seperti diketahui, Aboge merupakan singkatan dari kata Alip Rebo Wage. Ajaran aliran ini dibawa masuk oleh tokoh bernama Eyang Mustolih ke Desa Cikakak, Kecamatan Wangon, Banyumas, Jawa Tengah sejak abad 1288 H. Aliran ini menerapkan ajaran seorang ulama bernama Raden Rasid Sayid Kuning dari Panjang.

Di Banyumas, terdapat ratusan penganut islam aboge yang tersebar di sejumlah desa, antara lain di desa Cikakak, Cibangkong, Kracak, Tambaknegara, serta di Desa Onje, Kecamatan Mrebet Kabupaten Purbalingga.

Website Artis Malaysia Diceroboh penggodam




KUALA LUMPUR - Ramai artis dan selebriti popular tanah air dipercayai menjadi mangsa penggodam dan individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan laman sosial selebriti terbabit untuk tujuan tertentu sejak kebelakangan ini.

Individu tidak bertanggungjawab yang celik teknologi maklumat (IT) itu sewenang-wenangnya menggunakan identiti palsu, nama dan gambar artis berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Sebagai contoh, ada 30 akaun Facebook (FB) bagi pelakon popular, Shaheizy Sam Samad, sedangkan pelakon terbabit mengakui dia hanya memiliki satu akaun.

Tahun lalu, pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana antara selebriti yang menjadi mangsa apabila akaun FB miliknya dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.

Turut menjadi mangsa kegiatan sama adalah Neelofa, Waheeda, Akhil Hayy, Farah Waheeda dan Linda Onn.

Lazimnya, individu berkenaan menyasarkan artis yang memiliki nama besar, sama ada di segi populariti atau mereka yang memiliki pakej lengkap, termasuk rupa paras cantik atau tampan.

Khunsa musykil perlu pengesahan pakar, mahkamah

IMBAS: Allahyarham Mohd Ashraf @Aleesha yang menghadapi masalah penukaran nama dalam My kad dan telah meninggal dunia kemarin.





KUALA TERENGGANU - Golongan "khunsa musykil" perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu, Khazan Che Mat, berkata khunsa musykil atau kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.

"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.

"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah, di sini hari ini.

Khazan berkata, selepas mendapatkan pengesahan pakar perubatan, mereka mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memastikan mereka boleh membuat penukaran jantina atau tidak.

Katanya, disebabkan kemusykilan tersebut, fatwa sudah dibuat bagi memberi kelonggaran kepada mereka yang mempunyai masalah kecelaruan jantina dengan merujuk kepada fatwa "khunsa musykil".

"Saya berharap individu yang mempunyai kekeliruan atau kecelaruan jantina tidak membuat tindakan sendiri tanpa memikirkan akibatnya kerana dalam Islam secara mutlak meletakkan hukuman penukaran jantina adalah haram.

"Bagaimanapun, mereka yang tergolong dalam khunsa musykil diberi kelonggaran dengan melihat kepada alat kelamin yang lebih dominan dengan mereka," katanya.

Pelajar Malaysia cedera dirawat di hospital Melbourne

hospital Melbourne




MELBOURNE – Seorang penuntut Malaysia yang cedera akibat kemalangan jalan raya pada 14 Julai, terkejut bercampur gembira hari ini apabila dia dikunjungi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sebuah hospital di sini hari ini.

Wan Hafizu Nazrin Wan Lofti bersama tujuh penuntut Malaysia yang lain cedera apabila van yang mereka naiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersiar-siar untuk melihat penguin di Phillip Island dekat sini.

Anifah, yang bercuti bersama keluarganya di sini, meluangkan masa melawat Wan Hafizu — satu-satunya pelajar terbabit yang masih menerima rawatan di hospital.

Menteri berkenaan, yang diiringi Konsul Besar baru Malaysia ke sini, Dr Mohd Rameez Yahaya, meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama pelajar itu serta ibunya Sabariah Mat Asan, yang tiba di sini tidak lama selepas anaknya mengalami kemalangan.

Anifah dijangka mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan para pelajar Malaysia di Dewan Malaysia pada esok malam.

Gerai jualan buah kurma menjadi tumpuan

ORANG ramai mula membeli kurma di kawasan gerai Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai persiapan memandangkan umat Islam dijangka mula menjalani ibadah puasa bermula esok.

Umat Islam di Malaysia berpuasa esok



KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.

Pada 26 Julai lalu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.

Gara-gara berselisih faham: Lelaki maut ditikam anak tiri




ALOR SETAR – Gara-gara perselisihan faham, seorang pembuat serunai maut ditikam anak tirinya dalam satu kejadian di Kampung Tebengau Kuala Kedah di sini malam tadi.

Mangsa, Ismail Ahmad, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira pukul 9.15 malam tadi akibat kecederaan di dada dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7.45 malam, suspek yang sedang membaiki kereta tiba-tiba didatangi bapa tirinya yang menyerang dengan kayu.

Katanya, suspek kemudian menyerang balas mangsa dengan pisau lipat dan terkena tikaman di sebelah dada kiri selain kecederaan di kepala.

“Suspek menyerah diri di Balai Polis Kuala Kedah pukul 10.10 malam tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat tikaman tersebut,'' katanya memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengimbau Sejarah Bukit Kepong



Persembahan yang mengimbau sejarah Bukit Kepong sewaktu Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Lagu filem Bollywood ciptaan anak Malaysia



KUALA LUMPUR – Kumpulan Goldkartz yang melahirkan album Bhangra pertama negara berjudul “Loaded” kini diberi penghormatan untuk menghasilkan sebuah lagu untuk sebuah filem Bollywood.

Selain album, “Loaded”, kumpulan Goldkartz dianggotai oleh dua adik-beradik Manjit Singh atau M-Ji, 26 dan adiknya Sukhjit Singh atau Surj, 22, turut menghasilkan album kedua bertajuk “Goldkartz 24 Kaaratz” pada awal tahun ini.

M-Ji berkata, mereka mendapat tawaran untuk menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “Mauja” bagi filem “Office Office” yang menjalankan penggambaran selama dua tahun di Mumbai, India.

"Ini merupakan satu penghormatan terhadap bakat yang kami miliki dalam memperjuangkan irama Bhangra dan bangga lagu “Manju” dapat menarik perhatian pengarah muzik filem berjudul “Sajid dan Wajid”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan Goldkartz ditubuhkan pada 2006 dan dikenali sebagai kumpulan yang memperjuangkan irama moden muzik Bhangra.

Meriah sambut Singa pulang


SINGAPURA - KEPULANGAN pasukan bola sepak Singapura disambut meriah oleh sekitar 100 penyokong dan ahli keluarga mereka sebaik tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Suasana bertukar gamat dengan sorakan dan tepukan para peminat sebaik sahaja kesebelasan Skuad Singa muncul daripada terminal untuk mendapatkan bagasi mereka.

Kelihatan dua pemain utama skuad negara, Fazrul Nawaz Shahul Hameed (kiri) dan Mustaffic Fahrudin, berjabat tangan dengan para peminat yang sabar menanti lebih kurang sejam sebelum ketibaan mereka.

Singapura mencatat keputusan seri 1-1 semasa menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam perlawanan kedua malam kelmarin - sekali gus menang dengan agregat 6-4 untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014.

Sabtu, 30 Julai 2011

Raul Lemos Belum Minta Maaf kepada Wartawan Global TV

Raul Lemos bersama istrinya Kris Dayanti saat menghadiri konferensi pers mengenai perseteruannya dengan sebuah media



JAKARTA - Menjelang bulan suci Ramadhan, suami dari penyanyi Krisdayanti, Raul Lemos kembali memenuhi panggilan Polres Bandara, terkait penganiayaan yang dilakukannya terhadap pekerja infotainment, Tubagus Achmad Zakky Makmun, atau akrab dipanggil Kiki.

Ternyata Raul Lemos belum meminta maaf secara langsung dengan Kiki. Alasannya? Raul sudah mengaku kesalahannya di depan media.

"Saya memang belum mengontak dan meminta maaf, tetapi saya sudah meminta maaf di media. Itu saya rasa lebih dari saya menghubungi yang bersangkutan," ujar Raul Lemos.

Raul Lemos yang diberi 14 pertanyaan oleh pihak kepolisian, mengaku ingin agar proses pemeriksaannya bisa lancar.

"Kami ingin semua lancar," papar suami Krisdayanti itu.

Mayat Bugil Wanita di Taman Tegalega Berprofesi PSK




BANDUNG - Hani Kustia (39), ditemukan tewas dalam kondisi bugil di area Taman Tegalega, Kota Bandung. Selama ini korban dikenal sebagai pekerja seks komersil (PSK).

"Dia (Hani) memang PSK. Saya kenal kok," ujar salah satu pemilik kios di kawasan Tegalega, Wulan (36), saat ditemui di sekitar lokasi kejadian, Minggu (31/7/2011).

Menurut Wulan, korban terbilang sudah lama mencari rupiah sebagai PSK. Di kawasan Taman Tegalega ini memang kerap dijadikan ajang transaksi mesum kelas bawah. Bukan rahasia umum lagi di kawasan tersebut berkeliaran wanita-wanita malam.

Di lokasi kejadian, polisi menemukan tas yang didalamnya terdapat identitas milik korban berupa Kartu Tanda Penduduk (KTP). Hani merupakan warga Cipongkor, Cililin, Kabupaten Bandung Barat.

"Memang aslinya warga Cililin. Tapi Hani ngontrak bersama suaminya di dekat daerah Tegalega sini," terang Wulan.

Salah satu petugas keamanan Taman Tegalega yang enggan disebut namanya membenarkan kalau korban berprofesi sebagai PSK.

"Yang saya tahu, dia juga pedagang kopi keliling di tempat ini. Korban juga bisa disebut kerjaannya begitu deh (PSK)," ucap pria berkumis ini.

Hani ditemukan tewas tanpa busana sekitar pukul 06.00 WIB. Sontak saja, kejadian itu menggegerkan ratusan warga yang sedang berolahraga pagi di lokasi tersebut.

Tarekat Anfusiyah Puasa Hari Ini




MOJOKERTO - Sedikitnya 100 orang yang mengikuti Jamaah Tarekat Anfusiyah tadi malam telah melakukan salah Tarawih. Dan hari ini, Minggu (30/7/2011) akan menjalankan ibadah puasa. Hal ini dilakukan karena menurut perhitungan dan hasil hilal, 1 Ramadan jatuh pada Minggu.

"Sesuai rukyah dan hilal, 1 Ramadan jatuh Minggu. Otomatis kita (Tarekat Anfusiyah, red) tadi malam melakukan tarawih dan Minggu wajib berpuasa," kata Nur Hadi, pengasuh Jamaah Tarekat Anfusiyah kepada wartawan di rumahnya, Minggu (31/7/2011).

Menurutnya, alasan jamaah yang ada di Dusun Sanggrahan Desa Ngingas Rembyong, Kecamatan Sooko Mojokerto ini berpuasa adalah, sesuai dengan perhitungan bulan Rajab lalu. Pada bulan itu, terjadi gerhana bulan Kamis, 16 Juni 2011 sekitar pukul 02.00 Wib dini hari lalu.

Dia menjelaskan, bahwa pada bulan Rajab sendiri ada 30 hari, berarti jika gerhana bulan terjadi saat itu, otomatis menandakan sudah tanggal 15 Rajab dan bulan Syaban tinggal menghitung 15 hari kemudian.

"Namun saat itu terjadinya gerhana sekitar pukul 02.00 Wib. Makanya kita ragu, apakah masih tanggal 14 Rajab atau 15," imbuhnya.

Saat memasuki bulan Syaban yang menurutnya hanya mempunyai waktu 29 hari ini, dia mengalami keraguan untuk menentukan 1 Ramadan karena keraguan awal saat gerhana bulan pada bulan Rajab lalu. Maka dari itu, pihaknya menggenapkan bulan Syaban selama 30 hari.

"Sesuai hadist Rasulullah, jika kita menemukan keraguan dalam menentukan awal Ramadan, maka bulan Syaban harus digenapkan selama 30 hari dalam kalender Qamariyah," papar laki-laki beruban ini sembari mengartikan sebuah hadist Nabi Muhammad SAW.

Informasi yang dikumpulkan, Nur Hadi dan sekitar 100 orang ini sudah melakukan salat Tarawih di Masjid Manzilul Abidin di kampungnya. Jumlah rakaat salat Tarawih yang dilakukan Tarekat Anfusiyah ini sendiri seperti Nahdlatul Ulama (NU), yakni 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir, setelah itu melakukan tadarus.

"Kita di sini sangat baik pada aliran lain, seperti NU dan Muhammadiyah. Kita berharap tidak ada salah faham, karena ini merupakan keyakinan kita," katanya.

Awal Puasa Jamaah An-Nadzir Bareng Muhammadiyah




GOWA - Jamaah An-Nadzir di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, untuk Ramadhan tahun ini melaksanakan ibadah puasa sama dengan waktu yang ditetapkan Muhammadiyah yakni pada Senin, 1 Agustus 2011.

Hal ini berbeda dengan tahun-tahun sebelumnya dilakukan oleh jamaah yang identik dengan rambut gondrong pirangnya, yang biasanya lebih cepat sehari atau dua hari baik dari versi Muhammadiyah dan versi pemerintah.

Hal itu disampaikan oleh pimpinan Jamaah An-Nadzir, Ustadz Lukman A Bakti saat dihubungi wartawan, Sabtu (30/7/2011).

Menurut Ustadz Lukman, dari hasil metode hisab 1 Ramadhan yang dilakukan oleh tim An-Nadzir dengan menyaksikan bulan dan mengukur kadar pasang air laut di perairan Takalar, Sulsel, sebenarnya 1 Ramadhan sudah masuk pada hari minggu, 31 Juli.

Hanya saja waktu masuknya, terhitung mulai pukul 09.00 Wita, sehingga tidak menyempatkan para jamaah An-Nadzir untuk melakukan sahur.

"Jadi kami menentukan untuk puasa Ramadhan pada tanggal 1 Agustus, sehingga pada ramadhan ini kami hanya berpuasa selama 29 hari, karena satu harinya sudah terhitung setengah hari besok," ujar Ustadz Lukman.

Meski demikian, Ustadz Lukman tetap menganjurkan para jamaahnya untuk berpuasa pada hari minggu besok, untuk menyambut masuknya bulan suci Ramadhan. Aktifitas lainnya, seperti pengajian di surau juga tetap digalakkan.

Selain penampakan khas rambut panjang pirang bagi kalangan kaum prianya dan jilbab hitam dipadu cadar bagi kaum wanitanya, ratusan anggota jamaah An-Nadzir juga memiliki keistimewaan dengan hidup kolektif secara mandiri di kampung Mawang, Kec. Bontomarannu, Kab. Gowa, dengan bercocok tanam sendiri dan memelihara ikan untuk dikonsumsi oleh para jamaahnya.

Pemerintah sendiri belum menetapkan awal puasa tahun ini. Baru sore nanti Kementerian Agama akan menggelar sidang isbat. Diprediksi Pemerintah juga akan menetapkan awal puasa pada 1 Agustus 2011.

Tentukan Awal Puasa, Kemenag Gelar Sidang Isbat

Nazaruddin Umar.




JAKARTA - Kementerian Agama akan menggelar sidang isbat untuk menentukan 1 Ramadhan. Sidang akan dilakukan di kantor Kemenag dan diikuti perwakilan organisasi Islam se-Indonesia.

"Insya Allah nanti sore jam 17.00 WIB sidang Isbat kita selenggarakan sama seperti sidang-sidang tahun sebelumnya. Sebelum sidang kita presentasi dulu sampai maghrib," ujar Dirjen Bimbingan Masyarakat (Bimas) Kemenag Nazaruddin Umar, Minggu (31/7/2011).

Nazaruddin mengatakan, perhitungan soal kapan 1 Ramadhan masih harus menunggu presentasi dari berbagai daerah. Namun diprediksi satu ramadhan akan bertepatan dengan 1 Agustus.

"Sejauh ini aman (1 Agustus) karena hilal sudah menyentuh 6 derajat. Tapi semua harus menunggu keputusan resmi dari sidang isbat," jelasnya.

Sidang isbat, kata Nazaruddin, akan diikuti perwakilan berbagai organisasi Islam. Muhammadiyah sendiri telah menetapkan lebih dulu 1 Ramadhan yakni tertanggal 1 Agustus.

Sementara jamaah Tarekat Naqsyabandiyah di Kota Padang, Sumatera Barat (Sumbar), mulai melakukan salat tarawih kemarin malam. Dengan demikian, mulai hari ini penganut tarekat Naqsyabandiyah sudah menjalankan ibadah puasa.

FPI Makassar Razia Masjid Ahmadiyah




MAKASSAR - Ratusan orang dari Front Pembela Islam (FPI) mendatangi masjid Ahmadiyah di Jalan Anuang, Makassar, Sulawesi Selatan, Sabtu (30/7). Massa FPI menyerukan agar pengikut Ahmadiyah membubarkan diri dan kembali ke Islam yang benar sesuai Alquran dan Hadis.

Massa FPI juga merobek sejumlah tulisan di dinding masjid Ahmadiyah. Tidak ada satu pun pengikut Ahmadiyah yang menampakkan diri. Selanjutnya massa mendatangi tempat hiburan malam di Jalan Diponegoro.

Sempat terjadi keributan dengan satpam saat massa meminta klub malam itu menghentikan aktivitas mereka selama Ramadan. Massa juga meminta pedagang makanan dan minuman tidak berjualan selama Bulan Puasa. Sayangnya tidak ada satupun polisi yang mengawal aksi massa ini.

ANUAR IBRAHIM BERKEMPEN DI JAKARTA?

Mantan Wakil PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim





JAKARTA - Pemimpin oposisi Malaysia Datuk Anwar Ibrahim mengatakan demokrasi di negaranya sangat memprihatinkan. Bahkan unjuk rasa yang dilakukannya bersama kaos kuning atau kelompok Bersih 2.0 beberapa waktu lalu mendapat tindakan represif dari aparat kepolisian.

"Orang-orang yang ditangkap itu bangga. Kami masih lebih demokratis daripada Burma," kata Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, pada Forum Publik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang akses terhadap Keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Sabtu, 30 Juli 2011.

Lebih dari 1.400 orang, kata Anwar, termasuk dirinya, ditahan oleh aparat pada bentrokan beberapa waktu lalu. Anwar mengalami luka pada kepala dan kakinya, sementara pengawalnya mengalami luka parah pada wajahnya. Media pemerintah mengabarkan demo diikuti sekitar 6.000 orang, sementara Anwar mengatakan massa Bersih 2.0 kala itu mencapai 50.000 orang.

"Kita tidak menuntut pemerintah terguling, hanya meminta pemilu yang bersih, jurdil kata orang Indonesianya," ungkap Anwar.

Kelompok oposisi yang dipimpinnya itu, lanjut Anwar, turun langsung ke masjid-masjid, pesantren-pesantren dan ke desa-desa untuk menyampaikan pesan agar terjadi pemilu yang bersih, yaitu media bebas, bebas dari korupsi, dan aturan tidak mengikat kebebasan.

"Tapi belum tentu mereka (masyarakat) mau, karena tidak dibayar," keluhnya.

Di Indonesia, lanjut Anwar, masih banyak ruang yang baik bagi media, asosiasi, dan masyarakat untuk mengekspresikan kebebasan berpendapat dan berkumpul. "Di kita tidak ada," ungkap Anwar.

Kelompok Bersih 2.0 yang dipimpinnya, lanjut Anwar, itu terdiri dari berbagai macam kelompok etnis, baik itu Melayu, China, India, dan etnis lainnya. "Kalau pemimpin UMNO kan slogannya satu Malaysia, Melayu," kata Anwar.

Dalam aksi lalu, Anwar menegaskan bahwa pihaknya meminta waktu selama tiga jam saja untuk melakukan aksi damai namun permintaan yang hanya tiga jam itu tetap saja mendapat kekerasan dari aparat.

Meskipun begitu, pihak media pemerintah menuding tindakan yang dilakukan oleh Anwar dan kelompoknya adalah tindakan yang ingin menjatuhkan pemerintahan sehingga Aksi itu tidak mendapat simpati dari masyarakat Malaysia. "Yang pasti pesan yang ingin kami sampaikan kepada rakyat, kepada dunia itu clear," katanya.

Tukaran iPhone 4 dengan seekor kucing

SHAFIZA dipeluk oleh ibunya, Zaini Sudin sambil dilihat oleh dua kakaknya, Shahzeera (berdiri, kiri) dan Shazwana di rumah mereka di Kangar baru-baru ini.





KANGAR - "Pija tidak ingat tulis apa tapi Pija cipta pantun empat kerat ini khusus untuk PM (Perdana Menteri)."

Itu penjelasan Shafiza Sha'arani, 11, salah seorang daripada enam pemenang peraduan poskad dan esei pendek secara dalam talian sempena hari lahir Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesra dengan nama Pija, dia mengaku terkejut semasa diberitahu pantun miliknya dipilih menjadi pemenang telefon pintar iPhone 4 kerana penyertaannya itu sekadar suka-suka sahaja.

"Lepas saya tengok iklan, saya terus buka Internet dan isi peraduan tersebut dengan mencipta pantun empat kerat untuk PM," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kemajuan di sini.

Pija tidak mengingati bait-bait pantun tersebut. Bagaimanapun, ia mengenai keramahan dan kebaikan Najib.

Mengulas mengenai hadiah telefon pintar yang dimenanginya, murid Sekolah Rendah Islam 1 itu akan memberikannya kepada kakaknya, Shazwana.

"Saya tidak pandai guna telefon itu. Lagipun saya tidak boleh bawa ke sekolah. Jadi saya bagi pada kakak tapi saya nak dia (kakak) bagi saya seekor kucing sebagai ganti," ujarnya yang menanam cita-cita menjadi seorang doktor.

Sementara itu, di Putrajaya, seorang pelajar tingkatan tiga, Md. Amirul Md. Amidon yang memenangi pertandingan poskad dan esei pendek pada peraduan yang sama teruja kerana berjaya memenangi telefon iPhone 4.

Menurutnya, dia bersama dua adik perempuannya, Nur Amirah Izati, 10, dan Nur Amisha Hana, 4, bersungguh-sungguh mencipta ucapan hari lahir buat Perdana Menteri sebelum ini.

Dua lagi pemenang kategori tersebut ialah Anizah Sahrin, 32, dari Sabah dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, kategori esei pendek turut dimenangi Shafiza, bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39 dan Lemeul Ong Chin Shan, 18.

Kesemua pemenang pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Najib sendiri di Kuala Lumpur kelmarin.

Pertandingan itu mendapat sambutan dengan kira-kira 20,000 orang belia dan pelajar di Malaysia menyertainya.

Dikebumi sebagai seorang lelaki

Mak Yah, Ibu Mohd Ashraf Hafiz menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam.




KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.

Sementara itu, Mak Yah Ibu kepada Ashraf memberitahu:
"Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci.

“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri.

Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.

Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.

Datuk Nooh Gadut: Usah hina Ashraf

MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.



KUALA LUMPUR - Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

Pelakon mati: Shuhardi nafi bersembunyi

Sidang media yang diadakan oleh Suhardi Mat Isa (tengah), individu yang dikatakan berlakon mati pada perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu, bertempat di Lorong Meda Tuanku 1, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR - Selepas 20 hari berdiam diri, Shuhardi Md. Isa yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu tampil memberi penjelasan semalam.

Suhardi menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis, sebaliknya mendakwa tidak pernah menerima sebarang surat rasmi meminta dia hadir bagi membantu siasatan di mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib.

"Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar) yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya di sini semalam.

Pelajar diserang ratusan lebah di Kuching


Sebahaian pelajar yang diserang ratusan lebah dibawa keluar dari tapak perkemahan di Kem Permai, bagi mendapatkan rawatan di Kuching, Sarawak. Seramai 22 pelajar termasuk guru di Sekolah Antarabangsa Lodge yang mengadakan perkemahan selama 3 hari di kem tersebut bertukar tragedi apabila mereka di serang ratusan lebah.

Lelaki 34, cabuli bocah gadis 4 tahun




SAMARINDA - Seorang balita perempuan menjadi korban napsu bejat tetangganya. Sebut saja Mawar (4), dicabuli seorang pria berinisial Ut (34), warga Jl Gerilya, Kelurahan Sungai Pinang, Kecamatan Samarinda Utara.

Mawar mengeluh sakit dan menceritakan kejadian kalau mahkotanya sempat diraba Ut. Saat diperiksa, ternyata kemaluan Mawar luka. Terang saja kejadian itu membuat kedua orangtua Mawar meradang.

Tanpa pikir panjang, kedua orangtuanya membawa Mawar ke Mapolresta Samarinda untuk mengadukan ulah Ut, Kamis (28/7) siang kemarin. Satuan Reserse Kriminal (Satreskrim) Polresta Samarinda bergerak cepat setelah mendengar penuturan orangtua Mawar.

Dalam hitungan setengah jam kemudian, Ut ditangkap polisi tanpa perlawanan berarti di kediamannya.
Informasi yang dihimpun di lingkungan Mapolresta Samarinda, peristiwa memilukan yang dialami Mawar terjadi Senin (25/7) lalu. Saat itu Mawar dititipkan kedua orangtuanya yang berangkat bekerja. Memang selama ini Ut adalah seorang pengasuh, yang dipercaya untuk menjaga Mawar selama orangtuanya sibuk mencari nafkah.

Rupanya kepercayaan itu disalah artikan Ut. Saat keadaan rumahnya sepi, Ut lalu memperdaya Mawar dengan alasan hendak memijatnya. Dengan polosnya, Mawar yang belum mengerti apa-apa manut saja. Rupanya bukan memijat, Ut malah mencabuli Mawar hingga mengalami kesakitan.

Setelah puas melampiaskan hajatnya, Ut merayu Mawar supaya jangan menceritakan apa yang dilakukannya kepada orangtua atau keluarganya yang lain. Setelah beberapa hari kemudian, Mawar mengeluh sakit kepada orangtuanya tiap hendak membuang air kecil.

Kejadian ini membuat orangtuanya curiga dan memeriksa Mawar. Betapa terkejutnya orangtuanya saat mengetahui kemaluan Mawar terluka dan mengeluarkan darah. Orangtuanya perlahan mengorek keterangan Mawar, untuk mengetahui penyebabnya.

Tak disangka, Mawar mengaku itu akibat ulah pengasuhnya. Orangtua Mawar langsung menuju kantor polisi untuk melapor. Sampai akhirnya Ut ditangkap polisi saat sedang bersantai di rumahnya.

"Begitu mendapat laporan orangtua korban (Mawar, Red), kami langsung mencari dan menangkap pelaku (Ut, Red). Syukurnya pelaku bisa kami amankan. Sekarang kami masih melakukan pemeriksaan terhadapnya," kata Kapolresta Samarinda Kombes Pol M Arkan Hamzah, melalui Kasat Reskrim Kompol Arif Budiman SIK kepada wartawan.

Ditemukan Hati Sapi Mengandung Cacing



CIAMIS - Teliti dahulu sebelum membeli daging. Karena razia Dinas Pertanian dan Perdagangan Kabupaten Ciamis, Jawa Barat, Sabtu (30/7) pagi, menemukan hati sapi mengandung cacing dijual di Pasar Manis Ciamis. Hati sapi itu langsung disita sebagai barang bukti.

Sementara di Pasar Sentral Pekkabata, Polewali Mandar, Sulawesi Barat, razia gabungan petugas Dinas Perdagangan menemukan sejumlah timbangan dan literan tak memenuhi standar. Timbangan dan literan itu telah dimodifikasi. Modus mereka tak lain ingin mendulang untung lebih banyak jelan Ramadan.

Kahwin sejenis: Mustahil, Sudah Tidur Seranjang Tak Tahu Kelamin Pasangan

JN, pelaku terduga kasus penipuan yang dilaporkan NS di Gowa





JAKARTA- Pernikahan antar-sesama jenis yang diklaim baru diketahui setelah menjalani biduk rumah tangga, dinilai Ketua MUI sebagai hal mustahil.

Hal ini seperti dialami Umar yang menikah dengan Icha alias Rohmat di Bekasi, Selain itu pasangan NS dan JN di Gowa, Sulawesi Selatan, juga mengalami hal yang sama. Demikian halnya hubungan antara Nuraini dengan Emi alis Rio di Serang, Banten.

“Saya meragukan kalau mereka baru saling tahu jenis kelamin,” ujar Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) bidang fatwa Amidhan saat dihubungi wartawan, Jumat (29/7/2011).



IMBAS: Icha (paling kanan) saat menunggu proses sidang di PN Bekasi.




Amidhan menyangsikan mereka belum mengetahui ‘dalaman’ sesamanya, padahal sudah tidur seranjang. Ada indikasi intimidasi atau penyimpangan orientasi seksual oleh pasangan tersebut.

“Perkawinan semacam ini haram dan tidak sah,” tegasnya.

Perihal Kantor Urusan Agama (KUA) yang meloloskan pernikahan tersebut, dia menilai itu masih mungkin terjadi. KUA, jelasnya, hanya melandaskan pada kelengkapan surat-surat identitas pasangan yang akan melangsungkan pernikahan.

"KUA enggak ngerti itu, kalau itu kebohongan. Mungkin keluarganya juga ikut menyembunyikan,” ungkapnya.

Amidhan menyatakan kasus tersebut bisa diperkarakan karena ada unsur kesengajaan menyembunyikan kebenaran dalam dokumen-dokumen identitas diri yang bersangkutan. “Itu pemalsuan, penipuan,” tegasnya.

Seperti diketahui, kasus terakhir pernikahan sejenis terjadi antara NS dan JN di Gowa, Sulsel. NS melaporkan JN ke Polres Gowa pada Rabu 27 Juli lalu atas tuduhan penipuan. Mereka sudah menjalani biduk rumah tangga selama dua tahun, meski demikian NS mengaku baru mengatahui kedok asli ‘suaminya’ itu.

Sebelumnya di Serang, Banten, Emi alis Rio nyaris menikahi Nuraini. Kedok Emi baru diketahui sesaat sebelum ijab Kabul setelah ada tamu yang mengenali pelaku. Ditambah, muncul kecurigaan dari penghulu karena pelaku tidak dapat menunjukkan dokumen syarat kelengkapan pernikahan. Dia juga tidak didampingi wali apalagi orangtua dan keluarga.

Yang Dibubarkan Seharusnya PD dan DPR Bukan KPK !

Buyung





JAKARTA - Kritik terus mengalir terhadap Ketua DPR Marzuki Alie yang meminta Komisi Pemberantasan Korupsi ( KPK ) dibubarkan. Advokat senior Adnan Buyung Nasution menilai semestinya bukan KPK yang dibubarkan, tapi Partai Demokrat (PD) dan DPR.

"Yang harus dibubarkan itu bukannya KPK tapi Partai Demokrat atau DPR!" tegas Buyung usai acara peluncuran buku 'Pesan-pesan Islam, Kumpulan Kuliah H Agus Salim' yang diselenggarakan Yayasan H Agus Salim, di Museum Nasional, Jl Medan Merdeka Barat, Sabtu (30/7/2011).

Pendiri YLBHI ini mengakui KPK memang memiliki banyak kekurangan di sana-sini. Namun bukan alasan bagi siapa pun termasuk Ketua DPR mengusulkan pembubaran KPK.

"KPK malah harus kita perkokoh," jelasnya.

Sebagai salah satu penggagas lahirnya UU KPK, Buyung mengakui lembaga KPK tidak bersifat abadi. Namun untuk konteks Indonesia, Buyung melihat keberadaan KPK masih sangat diperlukan.

"Memang betul saya harus akui kita tidak bermaksud KPK itu berlaku abadi atau seterusnya. Sifatnya sementara, dari semula niatnya memang sementara. Hitungan saya 20 tahun kayak di Hong Kong," imbuhnya.

Dalam 20 tahun KPK semestinya bisa membersihkan Indonesia dari korupsi. Termasuk memimpin pemberantasan korupsi bersama polisi dan jaksa.

"20 Tahun kalau kita bisa membersihkan Indonesia ini seperti Hong Kong, bubarlah KPK-nya. Kembalikan kepada polisi sama jaksa. Yang penting KPK memulai untuk memicu polisi dan jaksa agar bersaing memberantas korupsi. Sayang KPK belum berhasil untuk mengajak bersama-sama mengkoordinir, kan harusnya tugasnya koordinasi jadi mengkoordinir polisi dan jaksa supaya bersama-sama memberantas korupsi. (tapi) Itu belum banyak dikerjakan oleh KPK," tandasnya.

Sebelumnya, Ketua DPR Marzuki Alie mengaku kecewa terhadap KPK yang tengah dihembus pelanggaran kode etik yang dilakukan oleh pimpinan KPK dengan menemui pihak yang berperkara. Kalau hal tersebut terbukti adanya, ia mendorong agar KPK dihilangkan.

"Karena kekecewaan kita terhadap lembaga negara. Kalau lembaga ad hoc ini sudah tidak dipercaya ya apa guna lembaga ini didirikan. Kalau terbukti perlu dipikirkan kembali apakah bedol desa lembaganya dihilangkan dan dikembalikan ke lembaga semula. Nyatanya tidak membawa perubahan juga," keluh Marzuki dengan nada serius. Hal tersebut disampaikan Marzuki sepulang salat Jumat di Gedung DPR, Senayan, Jakarta.

Jupe Liburan ke Pulau Bau-bau




JAKARTA - Pasangan selebritas Gaston Castanyo dan Julia Perez berlibur ke beberapa pulau di Kepulauan Bau-bau, Sulawesi Tenggara. Keduanya menempuh perjalanan udara melalui Jakarta, Denpasar, dan Makassar, selama 55 menit. Dari Makassar, keduanya terbang dengan pesawat private.

Sesampainya di Bau-bau, si seksi Jupe dan Gaston langsung menyambangi rumah Bupati Bau-bau. Di sana, mereka disambut dengan hidangan siang, berupa lobster besar.

"Jadi hadiah tunangan kita, Gaston ngasih aku pulau ini. Permintaan saya nggak banyak. Saya cuma mau punya anak terus hidup bahagia. Eh, tapi nikah dulu nggak sih sebelumnya?" ujar Jupe di Hot Shot, Sabtu (30/7).

Di Bau-bau, Jupe juga berjanji akan tampil lebih tertutup saat Ramadan tiba. "Saya punya otak ya, walaupun cuma dikit. Nanti pas bulan puasa saya akan tampil lebih tertutup," kata Jupe.

Kes tukar perempuan: MENINGGAL DUNIA

IBU kepada Mohd Ashraf Abd Aziz, yang dikenali sebagai Mak Yah, 50, reda dengan pemergian anaknya yang sebelum ini gagal menukar namanya kepada Aleesya Farhana, menunggu jenazah anaknya itu di luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, hari ini.




KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal dalam usaha untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani operasi seks perubahan di Thailand, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 05:00 hari ini.

Beliau telah dimasukkan ke hospital 3 pagi semalam selepas mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi, berkata keluarga sedang menunggu untuk ahli keluarga dan saudara-mara untuk kembali ke Kuala Terengganu dan bahawa pengebumian akan diadakan selepas solat tengah hari hari ini.

Doktor di hospital semalam berkata beliau mengalami angina yang tidak stabil dengan kejutan kardiogenik.

Mohd Ashraf Hafiz, 25, telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk mendapatkan suatu perintah untuk menukar nama dan jantina tetapi ia telah ditolak pada 18 Julai.

Mohd Ashraf @Aleesha Farhana dalam kenangan semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.

Abby Abadi: Tak ambil tahu

Abby Abadi.





KUALA LUMPUR - “Saya tak nak ambil tahu mengenai mereka (Memey dan Norman). Apa saja keputusan hakim berkenaan kes itu, tidak wajar untuk saya pertikaian,” kata Abby Abadi, ketika mengulas keputusan mahkamah berhubung kes khalwat bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim, semalam, memutuskan pasangan itu tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan berkhalwat.

Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan, 34, dia telah pun memaafkan pasangan itu dan apa sahaja keputusan mahkamah tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

“Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya tidak ambil tahu mengenai mereka. Segala apa yang berlaku sebelum ini, saya sudah lupakan. Saya tidak kisah apa saja yang berlaku kepada mereka kerana saya sudah tiada kaitan dengannya.

“Lagipun, ianya sudah tiga tahun berlalu dan saya hanya menumpukan perhatian kepada anak-anak sahaja,” kata ibu kepada Mohammed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim, 5, dan Maria Danisha Hakim, 3.

Presiden MIC dilantik Menteri Penuh

Datuk G Palanivel.



PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-65 di sini. Sebelum ini, Palanivel adalah Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi.

Tindakan diambil kepada penciplak

Md Nayan Salleh




IPOH - Akibat paten produknya di ciplak pihak yang tidak bertanggungjawab, seorang peniaga mahu mengambil tindakan undang-undang akibat tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd, Md Nayan Salleh berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan sebuah syarikat yang membekal sistem penyaringan dan pengasingan sisa makanan, lemak dan gris kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dikatakan meniru produknya.

Beliau berkata, dakwaan itu dibuat selepas melihat sendiri produk yang digunakan peniaga di gerai Dataran MBI bagi menapis dan mengasingkan minyak daripada sisa makanan.

“Saya telah menghantar surat kepada MBI tentang idea dan penggunaan produk yang saya cipta tetapi malangnya sudah ada pihak yang menirunya.

“Paten produk ini telah pun diwartakan sebagai harta intelek dan saya adalah penciptanya,” katanya.

Md Nayan berkata, produknya itu dinamakan Simpak dan penciptaan produk itu mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Beliau berkata, kejayaan penciptaan Simpak itu mendapat beberapa penghargaan di Bulgaria dan Geneva sebagai produk inovasi yang paling berjaya.

“Saya habiskan masa selama tujuh tahun dan mengeluarkan belanja hampir RM300,000 untuk patenkan tetapi orang lain dengan mudah menirunya.

“Bagaimana saya dan inventor lain mahu mencipta produk yang bermanfaat jika agensi kerajaan sendiri menyokong barangan ciplak?,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan taksiran kerugian akibat tindakan ciplak itu sedang dilakukan peguamnya sebelum tindakan undang-undang diambil.

Menurutnya, satu laporan juga sedang disiapkan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara berkenaan.

“Mungkin berlaku penyelewengan tetapi tidak menuduh mana-mana pihak sebaliknya saya serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan,” katanya.

30,000 dijangka kunjungi program 'Jom Makan Buah'



PUTRAJAYA - Warga Putrajaya dan penduduk sekitar boleh menikmati buah-buahan tempatan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM16 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun menerusi program "Jom Makan Buah" selama tiga hari yang bermula, di sini, semalam.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata hampir 30 tan buah-buahan tempatan antaranya durian, rambutan, manggis dibawa terus dari dusun untuk membolehkan orang ramai menikmati buah-buahan tempatan dengan harga yang munasabah.

"Ini merupakan kali ketujuh kita adakan program seumpama ini di Putrajaya sejak 2005. Kita jangka lebih 30,000 pengunjung menghadiri dan makan hingga puas sekaligus mempromosikan buah-buahan tempatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Taman Warisan Pertanian Persint 16, di sini, hari ini.

Katanya, orang ramai yang membeli pakej Makan Hingga Puas juga berpeluang menderma RM1 kepada Persatuan Kanser Payudara Malaysia.

Beberapa aktiviti sampingan turut disediakan untuk pengunjung antaranya pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak dan bengkel amalan hortikultur "green talk", bengkel pemakanan sihat dan demonstrasi masakan untuk orang dewasa.

Pelajar tahfiz berdakwah di hotel



KUANTAN – Buat julung kalinya pelajar Institut Maahad Tahfiz Pahang berpeluang menyampaikan dakwah dan bakat mereka di Hotel The Zenith sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya, Datuk Zulkifle Ali berkata, seramai 15 pelajar berumur 13 dan 14 tahun akan bertadarus Al-Quran di hotel ini, mendendangkan lagu nasyid dan juga menjadi imam solat terawih sepajang Ramadan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umum supaya menghayati bulan mulia ini sebaik mungkin.

Menurutnya, ia juga merupakan satu peluang keemasan kepada pelajar ini untuk berkomunikasi dengan orang luar sekali gus memberi gambaran sebenar kepada mereka akan realiti hidup selepas tamat belajar.

“Inilah suasana sebenar yang akan mereka lalui kelak. Berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat sekali gus menyampaikan syiar Islam melalui medium yang ada.

“Keadaan di sini mungkin berbeza di sekolah, bagaimanapun saya melihat pelajar ini mempunyai matlamat masing-masing dalam merealisasikan impian mereka ke arah kejayaan dunia dan akhirat,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, secara tidak langsung program Ihya Ramadan yang diadakan di hotel ini juga dapat menarik minat orang luar ataupun yang bukan Islam untuk mendalami agama ini melalui medium yang dibawa oleh pelajar.

Zulkifle berkata, sudah tiba masanya untuk umat Islam bersatu padu dalam usaha untuk mengeratkan silaturahim bukan sahaja sesama saudara Islam malah pihak luar juga.

“Besar harapan saya untuk melihat pelajar-pelajar ini dapat memberi sinar baru kepada masyarakat di luar sana sempena sambutan bulan Ramadan.

“Selain itu, bagi pelajar ini juga, saya harap mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru di mana ianya tidak terdapat dalam silibus pelajaran mereka di sekolah.

Sementara itu, Pengurus Besar The Zenith Hotel, Khoo Eng Seng berkata, hotel ini mempunyai inisiatif tersendiri dalam usaha mengimarahkan bulan ini di samping untuk semua pelanggannya.

Usai Dinodai Pacar, Dua Siswi Disodomi Sopir Angkot



LABUHAN - Setelah dua hari tak pulang, dua siswi kelas 2 MAN Martubung, sebut saja Melati (16) dan Mawar (16) tak lagi perawan setelah ditiduri kedua pacar mereka, yakni Probo (19) warga Belawan dan Budi (23) warga Pasar V Marelan. Tragisnya, usai disetubuhi pacar, mereka kemudian disodomi oleh sopir angkot Mitra 30 yang diketahui bernama Adi.

Kejadian itu pun dilaporkan kedua orangtua siswi tersebut ke Polres Pelabuhan Belawan, Jumat (29/7). Peristiwa itu terjadi Rabu (27/7), ketika Melati dan Mawar pulang sekolah dijemput pacar mereka masing-masing yang baru mereka kenal selama sebulan. Selanjutnya mereka jalan-jalan menggunakan sepedamotor, Melati berboncengan dengan Probo dan Mawar berboncengan dengan Budi.

Setelah keliling menikmati udara segar, masih mengenakan seragam sekolah, kedua siswi MAN itu dibawa ke rumah Probo di Belawan. Di rumah itu tidak ada keluarga pacar mereka.

Kemudian masing-masing mengambil posisi untuk saling bercumbu kasih. Melati bersama Probo mengambil posisi ke kamar dan Mawar bersama Budi di ruang tamu. Dengan penuh rayuan, masing-masing pacar kedua siswi tersebut mengagauli hingga kedua gadis ini kehilangan mahkota mereka.

“Aku sebenarnya nggak mau bang, tapi dipaksa pacar aku, sampai berdarah,” cerita Melati dengan wajah linglung.
Kamis (28/7) pagi, Melati dan Mawar bukannya dipersilahkan pulang, malah kembali dibawa jalan-jalan oleh pacar mereka. Hingga seharian jalan-jalan hingga malam tiba, kedua siswi MAN ini pun tidak diantar pulang, malah disuruh pulang naik angkot dari Belawan. “Malam itu kami pulangnya naik angkot, aku nggak tau di mana rumah cowok aku itu,” kata Melati di kantor polisi.

Kamis (28/7) malam itu, Melati dan Mawar naik angkot dan saat itu hujan turun dengan derasnya. Ketika sampai di lingkungan rumah mereka, kedua siswi ini terjebak banjir,. Karena kebingungan tak bisa masuk ke lorong rumah mereka, mereka lantas memilih kembali ke rumah cowok mereka di Belawan menumpang Angkot Mitra 30. Namun mereka tak tahu di mana rumah pacar mereka hingga kedua siswi ini kebingungan.

Selanjutnya, sopir angkot Mitra 30 yang diketahui bernama Adi menawarkan mereka untuk ikut bersamanya.
Namun, kedua siswi ini malah dipaksa untuk oral seks dan disodomi di dalam angkot yang berhenti di salah satu lokasi di dekat SPBU. Namun mereka tak tahu di daerah mana lokasi tersebut.

“Malam itu kami nggak tahu lagi. Kami dipaksa untuk buat itu dengan abang itu, karena kami bingung dan dipaksa kami mau aja, malam itu kami tidur di angkot,” kata keduanya.
Setelah matahari terbit, Jumat (29/7) pagi, kedua siswi ini dibawa pulang oleh sopir angkot itu, namun diturunkan di Simpang Martubung. Setibanya di rumah, kedua siswi menceritakan kepada orangtua mereka karena mereka dipaksa bercerita kemana saja mereka dalam 2 hari ini.

Mendengar pengakuan putrinya masing-maing, kedua orangtua ini pun melayangkan pengaduan ke Polsek Medan Labuhan dan kemudian diarahkan untuk membuat laporan ke PPA ke Polres Pelabuhan Belawan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular