
KUALA LUMPUR - Masyarakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jenazah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.
Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.