Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Julai 2011

Gara-gara berselisih faham: Lelaki maut ditikam anak tiri




ALOR SETAR – Gara-gara perselisihan faham, seorang pembuat serunai maut ditikam anak tirinya dalam satu kejadian di Kampung Tebengau Kuala Kedah di sini malam tadi.

Mangsa, Ismail Ahmad, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira pukul 9.15 malam tadi akibat kecederaan di dada dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7.45 malam, suspek yang sedang membaiki kereta tiba-tiba didatangi bapa tirinya yang menyerang dengan kayu.

Katanya, suspek kemudian menyerang balas mangsa dengan pisau lipat dan terkena tikaman di sebelah dada kiri selain kecederaan di kepala.

“Suspek menyerah diri di Balai Polis Kuala Kedah pukul 10.10 malam tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat tikaman tersebut,'' katanya memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular