Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Julai 2011

Tiada aduan sosej usus babi




ALOR SETAR – Kementerian Kesihatan belum menerima sebarang aduan mengenai sosej dari negara jiran yang dikatakan mempunyai kandungan usus babi seperti yang disebarkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan hanya dibuat setelah menerima aduan berhubung perkara itu termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengenal pasti kandungannya.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terperinci tentang sosej yang dikatakan tercemar itu tampil membuat aduan.

“Tindakan hanya dilakukan jika ada laporan atau aduan. Jadi orang ramai diminta membuat aduan di Kementerian Kesihatan atau mana-mana pejabat Kesihatan berhampiran agar langkah selanjutnya dapat diambil,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular