Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 Julai 2011

Penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket

Sadhana Azahar dan Alia Azahar (kanan) menunjukkan tiket perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 zon Asia antara Malaysia dan Singapura yang mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.



KUALA LUMPUR - Ribuan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, menyerbu kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masing-masing bagi menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini.

Seawal jam 8 pagi peminat-peminat bola sepak tempatan mula berbaris di kaunter tiket Pintu Kuning Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Selain Stadium Nasional Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek memberi kata-kata semangat kepada skuad Harimau Malaya yang akan menentang Singapura Khamis ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Tiket-tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka)dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Selain itu, peminat-peminat boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web www.tickethotline.com.my.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular