Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Julai 2011

Mahkamah kecoh anak, bapa bertikam lidah




TAIPING - Perkarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini kecoh apabila seorang anak bertikam lidah dengan bapanya di hadapan kaunter pendaftaran bangunan tersebut dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam itu, lelaki tersebut, Md. Farik Md Noordin, 60, telah didatangi anak perempuannya sebelum tercetus pertengkaran di antara mereka.

Difahamkan, ia berpunca daripada tindakan lelaki terbabit yang cuba memburukkan isteri pertamanya, Hamidah Darus, 57, di hadapan orang awam selepas enggan menceraikan wanita tersebut semasa permohonan dibuat di mahkamah berkenaan.

Pada mulanya, perbincangan berlangsung dalam keadaan aman sebelum bertukar menjadi tegang apabila lelaki tersebut terus mempersoalkan tindakan anaknya yang terlalu menyebelahi ibunya, serta rumah yang kini didiami Hamidah.

Sebelum itu di mahkamah sama, Hamidah, 57, memfailkan permohonan cerai taklik terhadapnya tetapi ditangguhkan bagi membolehkan defendan memfailkan pembelaan.

Hakim Syarie, Azman Saad menetapkan 9 Ogos ini sebutan semula kes tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular