Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Julai 2011

Bob Lokman Betulkan niat sebelum sertai Pas

Bob Lokman.




TANJONG KARANG - Penulis lirik dan pelakon tanah air, Bob Lokman menyarankan orang ramai membetulkan niat diri masing-masing apabila menyertai Pas.

Saranan itu, menurutnya, sebagai langkah awal memahami agenda dan konsep yang diperjuangkan Pas.

"Setiap ahli Pas juga bukan sahaja hadir untuk meneruskan sumbangan derma, sebaliknya perlu aktif menghadiri sesuatu program yang dianjurkan kerana ia melambangkan syiar parti," katanya ketika ditemui pada Program Sembang Santai sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya Dewan Pemuda Pas (DPP) kawasan Tanjong karang di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, beliau sedia maklum dengan perjuangan Islam sejak kecil memandangkan datuknya, Tok Kenali merupakan seorang ulama terkenal di Kelantan.

Katanya, sejak tidak terbabit secara langsung dalam dunia hiburan yang diceburi lebih 20 tahun lalu, masanya banyak digunakan bersama keluarga selain dapat melakukan ibadah.

"Jika dahulu, masa banyak dihabiskan kepada perkara yang melalaikan, tetapi sekarang jiwa bertambah tenang,.

"Saya tetap gembira, walaupun punca pendapatan tidak semewah ketika hidup bergelar artis dahulu," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan pengunjung, di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular