Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 Julai 2011

Ayah perkosa anak gadisnya, dipenjara 16 tahun, 14 sebatan



KOTA BHARU – Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang bapa yang menempiaskan nafsu serakah terhadap anak kandungnya sendiri menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan dikenakan 14 sebatan rotan oleh Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Rofiah Mohamad selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi lelaki berkenaan.

Buruh berusia 51 tahun itu berdepan dua tuduhan melakukan persetubuhan yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang, agama dan adat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan di rumahnya di Banggol Nering, Tanah Merah pada jam 2 pagi, 6 dan 10 Ogos empat tahun lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh turut mengaku mengulangi perbuatan terkutuk terhadap anak gadisnya berusia 17 tahun tersebut ketika mereka berada di rumah nenek mangsa bersebelahan rumah tertuduh di kampung sama jam 8 pagi, 25 April tahun berikutnya.

Berikutan pengakuan itu, Rofiah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dua sebatan untuk kesalahan tertuduh yang pertama dan kedua serta 16 tahun 10 sebatan serentak dari tarikh hukuman dijatuhkan, semalam.

Rofiah sebelum menjatuhkan hukuman berkata, mahkamah mengambil kira trauma yang dialami gadis yang menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandungnya sendiri itu.

Katanya, mahkamah juga menimbang hujahan pemberatan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali bahawa sepatutnya seorang bapa perlu melimpahi anak dengan kasih sayang dan bukannya diperlakukan untuk pemuas nafsu sendiri.

“Hukuman seharusnya memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat supaya memikirkannya berkali-kali sebelum melakukan kesalahan tersebut,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular