Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 Julai 2011

Pelakon mati: Shuhardi nafi bersembunyi

Sidang media yang diadakan oleh Suhardi Mat Isa (tengah), individu yang dikatakan berlakon mati pada perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu, bertempat di Lorong Meda Tuanku 1, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR - Selepas 20 hari berdiam diri, Shuhardi Md. Isa yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu tampil memberi penjelasan semalam.

Suhardi menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis, sebaliknya mendakwa tidak pernah menerima sebarang surat rasmi meminta dia hadir bagi membantu siasatan di mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib.

"Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar) yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular