Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 Julai 2011

FAM siasat penjualan tiket palsu




KUALA LUMPUR - PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan terdapat penjualan tiket palsu menyebabkan ramai penonton terpaksa berdiri bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

“FAM hanya mengeluarkan 87,000 tiket bersesuaian dengan kapasiti Stadium Nasional yang boleh menampung kira-kira 100,000 penonton.

“Kita mengawal pengeluaran tiket bersesuaian dengan kapasiti stadium dan keadaan penonton terpaksa berdiri yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azzuddin menolak keras dakwaan yang menyebut bahawa FAM mencari keuntungan berganda dengan mencetak tiket perlawanan melebihi kapasiti stadium.

Ada juga dakwaan bahawa tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut dijual pada harga sehingga RM150 sekeping.

FAM perlu meneliti perkara ini kerana tiada kawalan terhadap penjualan sehingga seorang individu boleh memiliki tiket sehingga 50 keping dan dijual pada harga dua kali ganda daripada harga yang sepatutnya.

Malaysia gagal mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 biarpun seri 1-1 dengan Singapura.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular