Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Julai 2011

Perodua lancar khidmat Tweckbot



SUBANG – Hanya dengan tweet di laman sosial Twitter Perodua iaitu@MYPerodua, skuad Tweckbot akan membantu anda.

Program yang dinamakan Tweckbot itu memberikan kemudahan pemeriksaan awal terhadap 15 komponen utama kepada pemilik kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, ia satu langkah dalam mengesan sebarang kerosakan awal pada kenderaan tersebut sebelum menjalani pemeriksaan lebih lanjut di semua pusat servis kenderaan syarikat ini.

“Setiap kenderaan yang diperiksa tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana matlamat kami bagi memberikan maklumat awal mengenai kerosakan yang dialami oleh kenderaan yang dimiliki mereka.

“Malah setiap kenderaan yang diperiksa melalui program ini juga diberikan potongan 15 peratus terhadap alat ganti yang ditukar semasa melakukan penukaran di pusat servis kami,” katanya selepas majlis pelancaran Tweckbot di Pusat Servis Perodua di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular