Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 Julai 2011

Wanita S'pura genggam ijazah diusia 47 tahun

Cik Suraiya sifatkan ibunya sebagai pendorong kuat baginya untuk mengejar ilmu sehingga menggenggam ijazah.




SINGAPURA - KEINGINAN mendalam untuk membanggakan kededua orang tuanyatelah menjadi pendorong baginya mencapai kejayaan sehingga menggenggam ijazah.

Walaupun Cik Suraiya Abdul Rahman Wok hanya menggenggam ijazah pada usia 47 tahun, beliau bersyukur kerana telah berjaya menggembirakan ibunya yang sudah uzur, serta memenuhi permintaan terakhir arwah ayahnya yang telah kembali ke pangkuan Ilahi lebih tiga dekad lalu.

Bulan lalu, pengetua tadika di Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris itu telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.

'Kejayaan ini untuk ibu saya dan anak-anaknya,' kata Cik Suraiya, ibu tujuh anak berusia antara 10 dengan 25 tahun, yang sebak mengenangkan perjalanan berliku beliau meraih ijazah.

Pada usia 13 tahun, Cik Suraiya telah kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

'Sebelum ayah saya meninggal dunia, saya masih teringat lagi kata-kata akhirnya bahawa beliau tidak meninggalkan harta; hanya ilmu yang ditinggalkannya dan beliau ingin anak-anaknya mencari ilmu sejauh mungkin,' kata Cik Suraiya, anak kelima tujuh beradik.

Sejak itu, ibu Cik Suraiya, Cik Asmak Ismail, terpaksa menyara kehidupan mereka sekeluarga, sehingga adik-beradiknya juga bergilir membantu dalam tugas ibu Cik Suraiya sebagai pembantu rumah sambilan.

Keringat dan kerja keras ibunya, kini berusia 74 tahun, yang membanting tulang empat kerat menyara kehidupan beliau sekeluarga, juga telah menjadi pendorong baginya melanjutkan pelajarannya, tanpa kira usia.

'Ibu saya juga ingin melihat sekurang-kurangnya seorang anaknya menggenggam ijazah dan alhamdulillah saya telah dapat memenuhi hasratnya itu,' kata Cik Suraiya.

Beliau pernah bekerja sebagai seorang guru mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Agama Islam di Sekolah St Patrick's sebelum memburu minatnya dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Cik Suraiya telah meraih Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak pada 2008, sebelum melanjutkan ke peringkat ijazah sarjana muda pada 2009.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular