Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Julai 2011

Kecoh dua bazar Ramadan setempat

Para peniaga bazar Ramadan Masjid Umar Al-Khattab membuat bantahan di Bayan Baru, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Peniaga bazar Ramadan Masjid Umar Al-Khattab, Bayan Baru dekat di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membenarkan satu lagi bazar dibuka tidak jauh dari situ.

Bazar Ramadan baharu di Jalan Mayang Pasir yang terletak kira-kira 10 meter dari pagar masjid itu diuruskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Negeri (JKKN) Mayang Pasir.

Pengerusi Penganjur bazar Ramadan Masjid, Ismail Yahya berkata, tindakan MPPP memberi kelulusan lokasi baharu itu amat mengecewakan peniaga bazar Ramadan masjid.

Katanya, bazar Ramadan di dalam kawasan masjid itu diurus oleh pihak pengurusan masjid tersebut sejak telah 20 tahun lalu.

“Malangnya, tahun ini MPPP enggan memberi permit niaga di sini (masjid) sebaliknya membenarkan JKKN Mayang Pasir menguruskan bazar Ramadan di tapak yang baharu pula.

“Lokasi baharu ini pasti mengganggu peniaga-peniaga di bazar Ramadan masjid yang telah sinonim dengan penduduk di sini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular