Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 Julai 2011

Tukaran iPhone 4 dengan seekor kucing

SHAFIZA dipeluk oleh ibunya, Zaini Sudin sambil dilihat oleh dua kakaknya, Shahzeera (berdiri, kiri) dan Shazwana di rumah mereka di Kangar baru-baru ini.





KANGAR - "Pija tidak ingat tulis apa tapi Pija cipta pantun empat kerat ini khusus untuk PM (Perdana Menteri)."

Itu penjelasan Shafiza Sha'arani, 11, salah seorang daripada enam pemenang peraduan poskad dan esei pendek secara dalam talian sempena hari lahir Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesra dengan nama Pija, dia mengaku terkejut semasa diberitahu pantun miliknya dipilih menjadi pemenang telefon pintar iPhone 4 kerana penyertaannya itu sekadar suka-suka sahaja.

"Lepas saya tengok iklan, saya terus buka Internet dan isi peraduan tersebut dengan mencipta pantun empat kerat untuk PM," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kemajuan di sini.

Pija tidak mengingati bait-bait pantun tersebut. Bagaimanapun, ia mengenai keramahan dan kebaikan Najib.

Mengulas mengenai hadiah telefon pintar yang dimenanginya, murid Sekolah Rendah Islam 1 itu akan memberikannya kepada kakaknya, Shazwana.

"Saya tidak pandai guna telefon itu. Lagipun saya tidak boleh bawa ke sekolah. Jadi saya bagi pada kakak tapi saya nak dia (kakak) bagi saya seekor kucing sebagai ganti," ujarnya yang menanam cita-cita menjadi seorang doktor.

Sementara itu, di Putrajaya, seorang pelajar tingkatan tiga, Md. Amirul Md. Amidon yang memenangi pertandingan poskad dan esei pendek pada peraduan yang sama teruja kerana berjaya memenangi telefon iPhone 4.

Menurutnya, dia bersama dua adik perempuannya, Nur Amirah Izati, 10, dan Nur Amisha Hana, 4, bersungguh-sungguh mencipta ucapan hari lahir buat Perdana Menteri sebelum ini.

Dua lagi pemenang kategori tersebut ialah Anizah Sahrin, 32, dari Sabah dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, kategori esei pendek turut dimenangi Shafiza, bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39 dan Lemeul Ong Chin Shan, 18.

Kesemua pemenang pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Najib sendiri di Kuala Lumpur kelmarin.

Pertandingan itu mendapat sambutan dengan kira-kira 20,000 orang belia dan pelajar di Malaysia menyertainya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular