Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 Julai 2011

Kadar pengangguran S'pura meningkat cecah 2.1%



SINGAPURA - KADAR pengangguran di Singapura telah meningkat mencecah 2.1 peratus pada Jun tahun ini disebabkan jumlah pekerjaan dijana yang lebih rendah dan lebih ramai lulusan pengajian tinggi yang baru memasuki pasaran buruh.

Ia berbanding 1.9 peratus pada bulan Mac, yang merupakan paras terendah sejak tiga tahun lalu.

Demikian menurut perangkaan awal Kementerian Tenaga Manusia (MOM), semalam.

Bagaimanapun kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.2 peratus pada Jun 2010.

Jumlah pekerjaan baru yang dijana tumbuh 22,800 pada suku kedua dari April hingga Jun lalu.

Ia merupakan kemerosotan sebanyak 19 peratus berbanding 28,300 bagi suku pertama dan 24,900 pada suku kedua tahun lalu.

Dalam kenyataannya, MOM berkata: 'Kadar pengangguran adalah lebih tinggi dari Mac 2011 kerana menggambarkan kenaikan bilangan mereka yang mencari pekerjaan baru terutama lulusan dari pengajian tinggi yang memasuki pasaran buruh dan pekerja yang mencari pekerjaan semasa cuti sekolah pertengahan tahun.'

Mengenai jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan, MOM menyatakan sebahagian besar disumbangkan oleh sektor perkhidmatan walaupun jumlahnya adalah lebih kecil berbanding suku pertama.

Sebanyak 18,800 pekerjaan perkhidmatan dihasilkan pada suku kedua tahun ini berbanding 26,500 pada suku pertama.

Sebaliknya, jumlah pekerjaan baru bagi sektor pengilangan meningkat daripada 100 pada suku pertama kepada 1,300 pada suku kedua. Binaan pula meningkat daripada 1,500 mencapai 2,600.

Seramai 1,500 pekerja diberhentikan dan 400 pekerja kontrak dihentikan sebelum tempoh kontrak mereka tamat bagi suku kedua tahun ini, menjadi keseluruhan jumlah itu seramai 1,900.

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 900 adalah dari sektor perkhidmatan, 600 dari pengilangan dan 400 dari binaan.

Sekitar 81,300 penduduk Singapura belum mendapat pekerjaan pada Jun 2011. Jumlah itu termasuk mereka yang sedang memulakan perniagaan atau dalam tempoh baru ingin memulakan pekerjaan baru.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular