Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 Julai 2011

30,000 dijangka kunjungi program 'Jom Makan Buah'



PUTRAJAYA - Warga Putrajaya dan penduduk sekitar boleh menikmati buah-buahan tempatan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM16 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun menerusi program "Jom Makan Buah" selama tiga hari yang bermula, di sini, semalam.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata hampir 30 tan buah-buahan tempatan antaranya durian, rambutan, manggis dibawa terus dari dusun untuk membolehkan orang ramai menikmati buah-buahan tempatan dengan harga yang munasabah.

"Ini merupakan kali ketujuh kita adakan program seumpama ini di Putrajaya sejak 2005. Kita jangka lebih 30,000 pengunjung menghadiri dan makan hingga puas sekaligus mempromosikan buah-buahan tempatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Taman Warisan Pertanian Persint 16, di sini, hari ini.

Katanya, orang ramai yang membeli pakej Makan Hingga Puas juga berpeluang menderma RM1 kepada Persatuan Kanser Payudara Malaysia.

Beberapa aktiviti sampingan turut disediakan untuk pengunjung antaranya pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak dan bengkel amalan hortikultur "green talk", bengkel pemakanan sihat dan demonstrasi masakan untuk orang dewasa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular