Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Julai 2011

Website Artis Malaysia Diceroboh penggodam




KUALA LUMPUR - Ramai artis dan selebriti popular tanah air dipercayai menjadi mangsa penggodam dan individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan laman sosial selebriti terbabit untuk tujuan tertentu sejak kebelakangan ini.

Individu tidak bertanggungjawab yang celik teknologi maklumat (IT) itu sewenang-wenangnya menggunakan identiti palsu, nama dan gambar artis berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Sebagai contoh, ada 30 akaun Facebook (FB) bagi pelakon popular, Shaheizy Sam Samad, sedangkan pelakon terbabit mengakui dia hanya memiliki satu akaun.

Tahun lalu, pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana antara selebriti yang menjadi mangsa apabila akaun FB miliknya dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.

Turut menjadi mangsa kegiatan sama adalah Neelofa, Waheeda, Akhil Hayy, Farah Waheeda dan Linda Onn.

Lazimnya, individu berkenaan menyasarkan artis yang memiliki nama besar, sama ada di segi populariti atau mereka yang memiliki pakej lengkap, termasuk rupa paras cantik atau tampan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular