Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 Julai 2011

Ambiga akui Tuanku tidak benar demo di jalanan

Ambiga Sreenevasan.




SHAH ALAM – Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreevanasan mengakui dalam titah khas Yang Dipertuan Agong pada malam 3 Julai lalu secara jelas dan tegas melarang sebarang perhimpunan jalanan diadakan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peserta pada Wacana: Apa Selepas 9 Julai? anjuran Sinar Harian namun beliau menambah himpunan terpaksa dibuat di jalanan kerana dakwanya masa yang suntuk selain janji dari pihak kerajaan yang membenarkan penggunaan stadium tidak dipenuhi.

Menurutnya lagi, bersih 2.0 akhirnya bersetuju himpunan tersebut dibuat di stadium kerana mentaati titah Tuanku tetapi dakwanya lagi pihak polis enggan bekerjasama supaya himpunan ini berjalan dengan lancar dan tiada huru hara.

“Saya sedar dalam titah Tuanku tidak membenarkan himpunan di jalanan, tetapi dalam titah tersebut juga tidak dinyatakan bahawa kami tidak boleh menggunakan Stadium Merdeka. Kami memilih stadium ini kerana peserta senang keluar masuk dan kemudahan pengangkutan yang ada.

“Oleh kerana kerumitan yang dihadapi dan juga masalah logistik serta masa yang semakin suntuk, akhirnya kami turun di jalanan kerana mahu tukar tempat baru amat sukar apabila sudah sampai ke tahap itu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular