Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 Julai 2011

Pelajar tahfiz berdakwah di hotel



KUANTAN – Buat julung kalinya pelajar Institut Maahad Tahfiz Pahang berpeluang menyampaikan dakwah dan bakat mereka di Hotel The Zenith sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya, Datuk Zulkifle Ali berkata, seramai 15 pelajar berumur 13 dan 14 tahun akan bertadarus Al-Quran di hotel ini, mendendangkan lagu nasyid dan juga menjadi imam solat terawih sepajang Ramadan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umum supaya menghayati bulan mulia ini sebaik mungkin.

Menurutnya, ia juga merupakan satu peluang keemasan kepada pelajar ini untuk berkomunikasi dengan orang luar sekali gus memberi gambaran sebenar kepada mereka akan realiti hidup selepas tamat belajar.

“Inilah suasana sebenar yang akan mereka lalui kelak. Berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat sekali gus menyampaikan syiar Islam melalui medium yang ada.

“Keadaan di sini mungkin berbeza di sekolah, bagaimanapun saya melihat pelajar ini mempunyai matlamat masing-masing dalam merealisasikan impian mereka ke arah kejayaan dunia dan akhirat,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, secara tidak langsung program Ihya Ramadan yang diadakan di hotel ini juga dapat menarik minat orang luar ataupun yang bukan Islam untuk mendalami agama ini melalui medium yang dibawa oleh pelajar.

Zulkifle berkata, sudah tiba masanya untuk umat Islam bersatu padu dalam usaha untuk mengeratkan silaturahim bukan sahaja sesama saudara Islam malah pihak luar juga.

“Besar harapan saya untuk melihat pelajar-pelajar ini dapat memberi sinar baru kepada masyarakat di luar sana sempena sambutan bulan Ramadan.

“Selain itu, bagi pelajar ini juga, saya harap mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru di mana ianya tidak terdapat dalam silibus pelajaran mereka di sekolah.

Sementara itu, Pengurus Besar The Zenith Hotel, Khoo Eng Seng berkata, hotel ini mempunyai inisiatif tersendiri dalam usaha mengimarahkan bulan ini di samping untuk semua pelanggannya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular