Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Julai 2011

Sambutan Ramadan S'pura lebih meriah




SINGAPURA - MASYARAKAT Melayu/Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dijangka bermula lusa dengan penuh meriah dan secara besar-besaran.

Bertemakan 'Raikan Bersama Keindahan Ramadan: Hidupkan Ramadan Dengan Cahaya Al-Quran', kempen kali ini yang turut memanfaatkan media baru, mengajak umat Islam kembali menghayati Al-Quran - bukan sahaja dalam membacanya malah dalam merenungkan intipati kandungan kitab suci itu serta menyemarakkan semangat dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Buat julung-julung kalinya juga, kempen Sentuhan Ramadan yang akan dilancarkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, pada 9.30 pagi esok, di Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris Walk, akan disiarkan secara langsung di Internet, menerusi laman www.ramadan.sg.

Bagi menyemarakkan kempen kali ini, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga menawarkan pelbagai wadah media baru termasuk mengadakan aplikasi bagi telefon bijak.

Selain mempunyai akaun Facebook - yang sejauh ini telah pun menarik lebih 3,000 pengguna laman rangkaian sosial itu - Muis turut menerbitkan klip video sepanjang 1 minit 23 saat yang dimuatnaikkan ke laman video YouTube, yang kandungannya bersandarkan pada tema sambutan kali ini.

Laman Ramadan.sg juga akan mengetengahkan klip-klip audio bacaan Al-Quran oleh qari-qari terkemuka.

Aplikasi yang akan diperkenalkan bakal memudahkan orang ramai memanfaatkan jadual waktu solat, senarai masjid setempat, fatwa terkini dan teks khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu dan Inggeris menerusi telefon bijak mereka.

Laman Ramadan.sg menyediakan pelbagai maklumat mengenai acara-acara yang diadakan sepanjang bulan suci ini, waktu solat dan berbuka puasa, tempat pembayaran zakat, dan sebagainya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular