Mangsa maut tertimbus ketika sedang memasang paip saluran longkang di tapak pembinaan projek Taman Kampar Putra, di Kampar, semalam
IPOH - Seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut selepas tertimbus tanah runtuh ketika sedang memasang paip saluran longkang di tapak pembinaan projek Taman Kampar Putra, di Kampar, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikenali Mohammad Zaiton Hartono, 18, sedang melakukan pemasangan paip tersebut.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, secara tiba-tiba tanah dari bahagian atas runtuh dan menimbus mangsa yang sedang bekerja di bahagian bawah.
“Siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa unsur jenayah.
“Mangsa yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.(SH)
Nuffnang Ads
SAJIAN KAMI
BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..
Khamis, 10 Oktober 2013
GEMPAR: Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH
Gambar yang tersebar di laman Facebook.
PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.
Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.
Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.
Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.
Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.
Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.
"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.
“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.
“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.(SH)
Selasa, 8 Oktober 2013
Isteri diculik dan dirogol dihutan
KUALA LUMPUR - Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.
Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.
Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.
“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.
“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam. Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.
Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.
“Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu. “Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.
Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.
“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya.
Ddifahamkan, kes terbabit dirujuk kepada polis daerah Kajang untuk siasatan lanjut memandangkan mangsa dipercayai dirogol di lokasi dalam daerah itu. (metro)
Anak kurung ibu, dibiarkan berlapar
Pegawai JKM bersama Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan menemu ramah mangsa sebelum dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar.
GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."
Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.
Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.
Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.
Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.
Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.
“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah.
“Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam.
Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari.
Jelasnya, pada pertemuan itu, mangsa mengakui ditinggalkan anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci dan terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar.
"Mangsa turut mengakui sering dipukul menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.
“Sebak melihat keadaan mangsa, kami segera membelikan makanan kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hasan untuk tindakan lanjut,” katanya.(SH)
Pelajar SMK Jual Kegadisan Demi Beli Kawat Gigi
BALIKPAPAN - Aparat kepolisian Balikpapan, Kalimantan Timur, menciduk empat perempuan yang masih berstatus pelajar sekolah menengah atas dan kejuruan dari berbagai tempat berbeda di Balikpapan, minggu lalu. Keempat pelajar itu adalah HD (17), SL dan SN yang masih berusia 16 tahun, serta NA yang masih 15 tahun. Keempatnya ditangkap lantaran terlibat menjual kegadisan Ty, 16 tahun, teman sendiri pada seorang pria berinisial HR.
“Dia (HR) ini setahu saya adalah pengusaha di Balikpapan. Usahanya apa, saya tidak tahu persis. Usianya sekitar 30 tahun,” kata SL tanpa bersedia memerinci siapa itu HR. Namun keempatnya mengakui bahwa HR juga dinamai mereka sebagai OG singkatan dari Om Gendut.
Bermula dari laporan keluarga dari Ty ke Kantor Perlindungan Perempuan dan Anak Polres Balikpapan pada Senin, 23 September 2013, bahwa anak mereka telah tidur dengan seorang bernama HR. Polisi pun bertindak cepat dengan menciduk HD dkk yang menjadi perantara antara Ty dan Hr.
ZN mengatakan, semula berawal dari keinginan Ty untuk memakai kawat gigi. Ty menyampaikan keinginannya itu pada ZN. Lantaran harga yang terbilang mahal, Ty dan ZN pun sepakat untuk mencari dana pembelian kawat gigi dengan cara menjual kegadisan Ty sendiri. ZN pun bergerak cepat.
Sejak itu informasi kebutuhan Ty mengalir di antara rekan ZN. HD, seperti rekan ZN yang menawarkan Rp 15 juta untuk mendapatkan kegadisan Ty. “Saya sampaikan lewat BBM (Blackberry Massenger) ke HD,” kata ZN.
Gayung bersambut lagi. HD menemui NV sambil menawar jadi Rp 10 juta. NV pun bersedia dengan senang hati mencari pembeli Ty lewat SL. Melalui SL inilah akhirnya disepakati HR yang bersedia membeli kegadisan Ty.
Semua berlangsung singkat. Sabtu, 21 September 2013, HD dkk membawa Ty menemui HR di sebuah tempat karaoke. Tak lama kemudian HD dkk meninggalkan HR bersama Ty. HR pun memboyong Ty ke hotel untuk berhubungan intim.
“Tapi setelah itu tidak tahu berapa dapat uangnya. Saya juga tidak tahu dibagi berapa-berapa di antara mereka. Kami justru tidak mendapat apa-apa,” kata SL.
Kendati keempatnya berkata tidak mendapat apa dari kegiatan ini. Hasil pemeriksaan polisi membuktikan lain. Pihak PPA mengungkapkan, seusai mencicipi Ty, HR pun memberikan sejumlah uang pada Ty. Uang itu kemudian dibagikan kepada ZN dan sisanya disimpan dalam tas. Uang itu ditemukan orangtua Ty yang belakangan Ty pun mengakui perbuatannya.
Keluarga Ty tidak terima tragedi ini. Mereka pun melaporkan praktik ini ke PPA. Tempo satu minggu, keempat pelajar putri itupun akhirnya ditangkap dari tempat yang berbeda. Satu di antaranya, ZN, bahkan diciduk saat sedang mengikuti pelajaran di sekolah.
Polisi siap menjerat keempatnya dengan Undang-undang Perlindungan Anak RI No 23 tahun 2002 pasal pasal 88 tentang eksploitasi ekonomi dan seksual terhadap anak di bawah umur. “Ancaman maksimal bisa 10 tahun penjara. Sedangkan HR sendiri masih DPO,” tutur Kepala Unit Kantor PPA Polres Balikpapan, Iptu Munjaini.
Isteri beri suami makan nasi kangkang
KEMAMAN - Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.
Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat songsang mereka.
“Seperti pasangan suami isteri dari Dungun yang saya rawat hari ini, mereka terkena nasi kangkang yang diberikan seseorang sehingga pasangan ini jadi saling membenci dan apa yang kita boleh lihat, matlamat penyihir mungkin untuk merampas suami atau harta atau mahu melihat keluarga ini hancur akibat hasad dengki dengan kebahagiaan keluarga ini,” katanya.
Shamsuri berkata, berdasarkan pengakuan mangsa yang kedua-duanya bekerja sebagai polis, bukan sahaja mereka sekeluarga terkena sihir itu, malah seluruh penghuni di blok sama dengan rumah mereka turut mengalami nasib sama apabila kesemuanya saling berbalah.
Menyedari sesuatu yang aneh, pasangan terbabit masing-masing berumur 43 dan 41 tahun membuat keputusan berpindah dari kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu sebelum mendapatkan rawatan secara Islam sempena Rawatan Perdana Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin.
Katanya, perasaan hasad dengki sangat bahaya, justeru masyarakat Islam diingatkan supaya berhati-hati daripada menerima apa-apa termasuk makanan daripada individu mencurigakan, di samping mengamalkan membaca ayat suci al-Quran dan doa pelindung sebelum menjamah makanan.
Shamsuri berkata, ada antara pengamal nasi kangkang sudah insaf seperti yang berlaku pada seorang warga emas di Johor yang bertaubat pada usia 63 tahun selepas dia diuji dengan kematian suami dan enam anaknya silih berganti.
“Kes ini terjadi pada 2005, nenek ini mula menjadi bomoh nasi kangkang sejak berusia 32 tahun dan ketika itu, ramai wanita datang berjumpanya bagi mendapatkan nasi kangkang hingga yang paling dahsyat, ada isteri sanggup meletakkan darah haid ke dalam nasi.
“Suami nenek ini turut terkena sehingga menjadi bodoh dan disepak terajang olehnya, namun selepas diuji dengan kemiskinan dan kematian suami serta anak-anak, nenek ini berfikir selama tiga tahun untuk meninggalkan perbuatan syiriknya dan akhirnya dia bertaubat,” katanya.(kosmo)
Kereta Jimmy Shanley kena bakar
ANGGOTA polis melakukan siasatan terhadap kereta Jimmy.
KAMPAR - Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.
Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.
Berikutan itu, anggota peronda bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta model Chevrolet berwarna hitam hangus dibakar.
“Anggota polis menjalankan siasatan terhadap nombor casis pada kereta dibakar itu bagi mengenal pasti pemiliknya dan melakukan semakan susulan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengenal pasti kenderaan itu milik seorang selebriti tanah air, Jimmy Shanley,” katanya, semalam.
Sementara itu, Jimmy yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kejadian itu berikutan masih dalam pihak polis.
Jimmy sebelum ini pernah mendapat liputan meluas media apabila kes penceraian dan tuntutan penjagaan anaknya berlarutan selama hampir dua tahun.
Dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 sebelum tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun. (Metro)
Langgan:
Catatan (Atom)
PENCARIAN DIBLOG INI
Arkib Blog
Pengikut
Ads
Catatan Popular
-
JAKARTA - Angka 13 kerap kali dikaitkan dengan sebuah kesialan. Paling tidak itu yang dialami seorang siswi SMK. Dirinya diperkosa 13 pe...
-
Foto ini beredaran di internet. JAKARTA - Beberapa waktu lalu, pedangdut Siti Badriah diterpa isu foto syur. Foto bugil wanita mirip ...
-
LAMPUNG - Perbuatan tidak senonoh semacam ini patut dijadikan pembelajaran penting bagi orangtua dan guru di sekolah. Bagaimana tidak,...
-
INDRALAYA - Sum saat ditemui wartawan di SPK Polres OI mengaku sebelum digerebek warga, malam itu memang melakukan hubungan badan satu kali...
-
JAKARTA - Penampilan Anang dan Ashanty di Dahsyat, Minggu (8-1) kemarin menjadi bahan perbincangan di dunia maya. Pasalnya, pakaian yang di...
-
JAKARTA - Model dan aktris Baby Margaretha mengaku diintai kamera saat buang air kecil di toilet sebuah restoran. Tapi Baby tahu siapa pe...
-
SAMPIT, (Kalteng) - Pemain video syur berdurasi 3 menit 59 detik terungkap. sang wanita memang benar siswa SMAN 1 Sampit dan telah dilkelu...
-
PEKALONGAN - Sepasang pelajar SMA di Pekalongan, Jawa Tengah tertangkap basah tengah berbuat mesum didalam bilik warnet. Petugas yang meng...
-
MANOKWARI - Jaksa Penuntut Umum (JPU),Lan Woretma,SH menuntut terdakwa bersial M (14 tahun) selama 3 tahun penjara dan denda Rp 30 juta sub...
-
MEDAN - Akhir pekan kemarin, warga Kota Medan digegerkan beredarnya foto mesum mirip seorang oknum Pegawai Negeri Sipil (PNS) yang dise...







