Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 September 2010

PDRM sambut baik cadangan Majlis Peguam



KUALA LUMPUR :--- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik cadangan Majlis Peguam agar siasatan terhadap seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di Kuching, Sarawak baru-baru ini, dibuat mengikut Seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan, bukannya di bawah Akta Hasutan 1948.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut akta berkenaan kerana wujud unsur hasutan daripada aspek perlakuan paderi berkenaan.

Katanya, namun pihaknya juga akan mengemukakan cadangan Majlis Peguam itu kepada pejabat Peguam Negara selepas siasatan selesai dijalankan.

Beliau berkata, PDRM sedang mendapatkan bantuan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia berhubung kes itu.

"Kita menyambut baik cadangan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan agar siasatan dilakukan mengikut Seksyen 298 dan 298A kanun itu dan akan mengemukakannya kepada Peguam Negara, namun PDRM akur terhadap segala keputusan dan nasihat Peguam Negara.

"Ini termasuk mengambil kira penggunaan Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mamat Daud dan Ors melawan Kerajaan Malaysia pada 1988 yang antara lain hanya terpakai di Wilayah Persekutuan sahaja," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Ragunath berkata, jika siasatan terhadap kes itu dilengah-lengahkan, ia bakal menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.

Menurutnya, pendakwaan di mahkamah juga perlu disegerakan jika terbukti paderi terbabit bersalah agar semua berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, tindakan harus dilakukan dengan mengguna pakai peruntukan Seksyen 298 kanun tersebut iaitu mengeluarkan perkataan dengan sengaja untuk mengguris hati orang dalam sesuatu agama.

Seksyen 298A iaitu menyebabkan rasa tidak damai, perpecahan dan rasa tidak senang hati, prejudis kerana alasan agama juga boleh dikenakan.

Kedua-dua seksyen itu lebih spesifik berbanding Akta Hasutan.

Akhbar baru-baru ini melaporkan pendedahan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mengenai tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, PDRM diarah bekerjasama dengan SKMM untuk menyiasat tindakan paderi itu.

Hishammuddin berkata, ceramah yang dimuat naik ke laman YouTube itu merupakan tindakan biadab dan boleh mengugat keharmonian negara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular