Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 September 2010

Tak sempat lepas rindu



SANDAKAN: Hasrat empat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk melepaskan rindu bersama keluarga dan meraikan Aidilfitri selepas sebulan bertugas di Pos Kawalan Sugut Beluran, di sini, tidak kesampaian apabila terbunuh selepas kenderaan polis mereka naiki terbabas sebelum merempuh treler di Batu 19, Jalan Labuk, dekat sini, awal pagi semalam.
Kemalangan itu turut menyebabkan tiga lagi anggota parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, tujuh anggota PGA dipercayai dalam perjalanan pulang untuk bercuti selepas selesai menamatkan tugas selama sebulan di kem berkenaan.

Mereka yang terbunuh pemandu trak polis, Lans Koperal Sapieh Jalhani, 32; Sarjan Hashamdi Abdullah, 52; Lans Koperal Agustine Lee, 31, dan Lans Koperal Sylvester Assin, 36, yang maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Manakala mereka yang parah, Lans Koperal Dixson Mamat, 28; Lans Koperal Mohd Asri Sabani, 39, dan Lans Koperal Francis Joseph, 37.

Semua anggota dari Batalion 15 PGA itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDK) di sini, untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, semua anggota pasukan itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas selesai menjalankan tugas sejak 26 Ogos lalu.

“Ketika melalui jalan berkenaan, trak mereka naiki terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh treler tanpa muatan.

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang hadapan tersepit di tempat duduk masing-masing dan mati di tempat kejadian,” katanya.

Rosli berkata, dua lagi anggota yang duduk di belakang turut tersepit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, pemandu treler berusia 40 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular