Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 Januari 2013

Dadah: Jika Zarina Anjoulie bersalah tidak boleh berlakon lagi

KUALA LUMPUR - Pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie bukan saja berhadapan dengan tuduhan memiliki dadah, malah dia berkemungkinan akan dipecat sebagai ahli Persatuan Seniman.

Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis secara keluruhannya.

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain.

"Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli," kata.

Artis yang telah dilucutkan keahliannya juga, kata Zed, tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon.

"Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas.

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular