Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 8 Januari 2013

'Tunggu keputusan mahkamah, jangan hukum Zarina'


Zarina Anjoulie. Gambar kanan : Zarina menutup wajahnya ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR - Kontroversi yang terpalit ke atasnya berhubung kes memiliki dadah baru-baru ini, Persatuan Seniman menggesa orang ramai agar tidak menjatuhkan ‘hukuman’ ke atas pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie sebelum ia diputuskan bersalah oleh mahkamah.

“Kita tak boleh jatuhkan hukuman. Mahkamah yang tentukan. Ini baru tuduhan dan dakwaan... bagi ruang.

“Setakat ini, persatuan terpaksa menggantung keahlian Zarina sementara waktu. Jika, benar-benar didapati bersalah, kami akan lucutkan keahliannya bukan pecat,” kata Presidennya, Zed Zaidi kepada wartawan.

Zed Zaidi berkata, keputusan melucutkan keahlian jika bersalah bukan keputusannya sendiri.

“Ini akan jadi contoh kepada artis lain. Saya beritahu ini berdasarkan perlembagaan persatuan bukan saya buat keputusan sendiri,” katanya.

Ketika ditanya soal status artis yang disandang Zarina telah merosakkan nama artis yang lain, Zed Zaidi menjawab "buang persepsi negatif terhadap artis."

"Artis manusia biasa juga. Bukan kerana dia (Zarina) semua rosak. Tak adil bagi artis-artis lain,” katanya.

Meskipun keahliannya digantung, Zarina masih diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Kami ada beri ruang kepada dia untuk muhasabah dalam tempoh tiga hingga enam bulan dan dalam tempoh itu dia boleh membuat rayuan,” ujarnya.

Setakat ini nasib Zarina masih belum ditentukan berhubung tuduhan memiliki dadah apabila beliau dibenarkan diikat jamin oleh ahli keluarga sahaja.

Pelakon berusia 27 tahun itu dijamin adik tirinya keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya, minggu lalu.

Sebutan semula kes tersebut ialah pada 8 Febuari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular