Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 9 Januari 2013

Hafiz dipuji diva Indonesia, Hetty Koes Endang

KUALA LUMPUR - Kemenangan Hafiz Suip, 23, atau Hafiz di Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27) dalam kategori Vokal Terbaik kali ketiga berturut-turut, ternyata telah membuka mata ramai pihak.

Menerusi lagu Ku Akui, Hafiz bukan saja memukau seluruh penonton yang hadir di stadium, malah, salah seorang juri yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang turut memberikan tepukan berdiri (standing ovation) sebaik saja Hafiz selesai membuat persembahan.

Menerusi laporan sebuah portal, Hetty dikatakan amat tersentuh dengan persembahan Hafiz.

Saat dikhabarkan perkara itu kepada Hafiz, anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini ternyata terkejut besar.

Apatah lagi, menurut Hafiz, dia sebenarnya tidak menyedari kehadiran Hetty sebagai juri dalam pertandingan berprestij itu.

"Menerima standing ovation daripada penyanyi handalan seperti Hetty merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidup.

"Saya juga sangat berterima kasih kepada dia kerana menyukai persembahan saya," katanya yang enggan lupa diri dengan pujian.

Hafiz turut berkongsi, pelantun lagu Berdiri Bulu Romaku itu pernah menjadi pengkritik ketika dia menyertai program realiti, Akademi Fantasia 7.

"Dia pernah memberikan kritikan terhadap persembahan saya.

"Dari situ, saya ambil komennya untuk meningkatkan mutu persembahan saya," katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular