Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 12 Januari 2013

Lapor jika artis diminta habuan seks

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.

Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

"Apabila sudah ada laporan, Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.

"Seniman, FDAM dan PFM akan membuat satu tindakan bersama dengan menulis surat kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan semua stesen televisyen tanah air mengenai tingkah laku buruk penerbit dan pengarah berkenaan untuk disenaraihitamkan," katanya ketika dihubungi
semalam.

Zed mengulas dakwaan seorang artis baharu, Zeehan Husin bahawa dia pernah diminta menjadi teman tidur seorang pengarah drama terkenal jika mahu mendapat watak utama.

Zeehan, 30, memberitahu, perangai jelik pengarah itu diketahui oleh kru produksi drama di bawah arahan lelaki tersebut.

Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak.

"Mangsa tidak perlu takut untuk membuat laporan walaupun diugut kehilangan watak yang dibawa mereka," jelasnya.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular