Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Oktober 2014

Anak kucing dilahirkan berwajah luar biasa


RANTAU PANJANG - Seorang pelajar terkejut apabila mendapati anak kucing yang baru dilahirkan berwajah luar biasa.

Namun Mohd Afendi Mohd Termizi, 17, berkata, usia kucing berkenaan tidak panjang dan mati beberapa hari kemudian.

Menurutnya, kucing yang dilahirkan sehari sebelum Aidiladha lalu, mempunyai dua wajah dan berkongsi satu badan.

“Ibu kucing yang dinamakan Cin melahirkan tiga anak tetapi hanya seekor yang berwarna hitam dan berkepala dua.

“Saya dapati ia tak pandai minum susu sedangkan dua lagi anak kucing yang lain sudah aktif dan memberi tindak balas sekiranya dipegang,” katanya.

Afendi berkata, sebelum ini Cin turut menarik perhatian penduduk kampung kerana dilahirkan dengan berjari enam.

Mungkin disebabkan keturunannya yang unik, Afendi sekeluarga percaya anak-anak Cin turut berkongsi genetik istimewa tersebut.

Sementara itu, abangnya, Mohd Kamel Kamaruzaman Mohd Termizi, 25, berkata, Cin merupakan kucing peliharaan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun sebahagian keluarganya kurang menggemari kucing, namun disebabkan keunikan Cin, haiwan itu menjadi antara penyeri di dalam rumah.

“Penduduk turut teruja untuk melihat keunikan Cin dan anaknya, namun kecewa kerana tak panjang umur,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular