Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 September 2015

Isu Bai’ah PAS: Ceraikan isteri dengan talak tiga

Tan Sri Harussani Zakaria

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli disaran tidak berdolak-dalik dalam isu bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga yang dilafazkannya sebelum menjadi calon Pas pada pilihan raya umum lalu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Mohd. Hatta yang telah melanggar bai’ah perlu menerima hakikat perkahwinannya dengan isteri telah terbubar kerana ­menyertai parti lain.

“Sah sudah bercerai dan tidak boleh buat helah walau macam mana pun. Dia tidak sepatutnya buat perkara se­perti itu. Jika mahu kembali bersama isteri, maka perlu tunggu bekas iste­rinya kahwin lain dan kemudian bercerai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan beberapa pemimpin tertinggi Pas bahawa perkahwinan Mohd. Hatta dengan isteri­nya, Dr. Kalsom Maskin secara automatik terbubar dengan talak tiga kerana Ahli Parlimen Kuala Krai itu melanggar bai’ah beliau semasa menjadi ahli Pas.

Dalam bai’ah tersebut, setiap wakil rakyat Pas di Kelantan yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Sementara itu di Tanah Merah, Kelantan, Mohd. Hatta menyifatkan bai’ah yang pernah dilafazkannya telah terbatal dengan sendiri kerana telah membayar kifarah iaitu memberi makan 10 orang anak yatim.

Justeru, katanya, beliau akan meneruskan kehidupan seperti biasa bersama isteri meskipun pelbagai pihak termasuk Ketua Hakim Syarie Kelantan serta Menteri Besar Kelantan mengesahkan perkahwinannya gugur talak tiga kerana melanggar bai’ah.

“Sebelum membuat keputusan keluar daripada Pas, saya telah merujuk mengenai bai’ah dengan beberapa ulama selain mendapat pandangan pelbagai pihak.

“Perkara itu (bai’ah talak tiga) telah dirujuk dengan beberapa ulama termasuk ulama Mesir, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Penasihat Parti Pekerja Malaysia, Ahmad Awang.

“Saya dinasihatkan membayar kifarah dengan memberi 10 orang makan atau puasa tiga hari,” jelasnya. (KOSMO)




PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular