Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 7 Oktober 2015

Remaja Dituduh merogol dan mencabul adik kandung

KUANTAN (Malaysia) – Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, semalam terhadap dua pertuduhan merogol dan mencabul adik kandung, Mei lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang berusia 18, dari, Kampung Pandan 2, mengaku tidak bersalah merogol mangsa yang berusia 14 tahun yang mana tidak dibenarkan di bawah undang-undang agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di ruang tamu rumah di Kampung Pandan 2, Jalan Gambang, kira-kira jam 3 pagi, 12 Mei lepas.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa tanpa kerelaan.

Dengan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebat.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh melakukannya di lokasi yang sama kira-kira jam 12.40 tengah malam, 10 Jun lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin telah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 namun hakim Datuk Zainal Abidin Zainudin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 memandangkan tertuduh masih lagi di bawah tanggungan keluarga.

Bagaimanapun, Zainal Abidin menetapkan beberapa syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Jaya Gading, tidak keluar dari daerah tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dilarang menghubungi atau mengganggu mangsa serta penjaganya.

Zainal Abidin menetapkan 4 November depan sebagai tarikh bagi pengurusan kes.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular