Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 21 September 2013

Jaja tubuh: Lina mampu meraih RM10,000 sebulan

LINA dakwa mampu peroleh RM10,000 buat dua pekerjaan siang malam.


KUALA LUMPUR - Seperti kebanyakan wanita lain yang bekerja di pejabat, dia berpakaian sopan walaupun tidak bertudung bersesuaian dengan kerjayanya sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta di ibu kota.

Sepanjang waktu bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, wanita ini juga dikenali sebagai pekerja komited yang sentiasa mampu menyiapkan tugasan dalam masa ditetapkan.

Di pejabat juga, dia dianggap wanita pendiam yang tidak mempunyai banyak kawan selain bukan daripada jenis mengada-ngada dan gemar menarik perhatian lelaki termasuk bos.

Itulah imej Lina, 32, pada siang hari. Bagaimanapun, apabila tiba waktu malam, wanita dari selatan tanah air ini berubah `kulit’ apabila licik menjual tubuh bagi menampung kehidupan mewahnya di ibu kota.

Hasil daripada dua punca pendapatan itu, Lina mampu meraih RM10,000 sebulan dan tidak menghadapi masalah untuk berbelanja mewah termasuk memiliki kereta, membeli pakaian berjenama dan menyewa kondominium mewah.(Metro)

Suami tega sihir isteri kerana janda

KUALA LUMPUR - Bagi memastikan isteri tunduk dan menyembunyikan hubungan sulitnya dengan janda, seorang lelaki tergamak menyihir isterinya termasuk menyediakan makanan mengandungi benda kotor seperti kuku dan rambut selain menjalankan upacara syirik dalam bilik di rumah mereka.

Lebih memalukan, lelaki berkenaan sanggup menipu isterinya kononnya dia mahu menunaikan solat sunat dalam bilik berkenaan, walhal dia sebenarnya melakukan upacara pemujaan menggunakan sebilah keris dan asap kemenyan.

Itu antara sihir yang dilakukan suami kepada seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Surina, 34, sepanjang tempoh perkahwinan mereka dari 2004 hingga 2010.

Rahsia itu terbongkar selepas Surina menemui bekas asap kemenyan dan keris kecil yang disembunyikan suaminya ketika mengemas bilik berkenaan beberapa bulan selepas perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, dia masih mampu bertahan selama enam tahun disebabkan ilmu sihir suaminya hingga tiada langsung perasaan marah ketika berdepan lelaki itu. (Metro)




Khamis, 19 September 2013

Ditinggal Kerja ke Malaysia, Video Selingkuh Istri Beredar



JEMBER -Kasus perselingkuhan kini heboh di Jember.

Sr (30), warga Kecamatan Sumberbaru, Jember, Jawa Timur, melapor ke polisi setelah video mesum perselingkuhan istrinya beredar luas.

Istri yang telah memberinya dua anak berselingkuh dengan Edi, warga desa lain di kecamatan yang sama.

Hubungan intim keduanya direkam dan videonya kini beredar di desa tempat tinggalnya. Perselingkuhan itu terjadi ketika Sr bekerja sebagai tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.

"Yang pasti, saya malu dan sakit hati karena dia telah mengecewakan saya, terutama anak-anak," kata Sr, usai melapor ke Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Satreskrim Polres Jember, Rabu (11/9/2013).

Sr menuturkan, dia mengetahui perselingkuhan istrinya dari seorang kerabatnya. Ketika itu, dia baru sekitar empat bulan bekerja di Malaysia.

"Setelah mendapat kabar itu, saya akhirnya memutuskan untuk pulang ke Jember," imbuhnya.

Setibanya di Jember, ternyata istri Sr sudah pergi dari rumah. Begitu pun dengan selingkuhannya, Edi, sudah tidak ada di rumahnya.

"Saya ini bekerja ke luar negeri demi mencari nafkah untuk istri dan anak," katanya dengan nada kecewa.

Gadis ini akui terbabut ktiviti tidak bermoral sejak usia 18 tahun


KOTA BHARU- Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, bersama 129 paket kondom yang belum digunakan.

Dia yang berasal dari sebuah kampung di Bachok itu ditahan pada jam 11.10 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dalam satu serbuan diketuai Pegawai D7 IPD Kota Bharu, Cif Inspektor Rostam Ayob.

Turut ditahan bersamanya, dua lelaki berusia 27 tahun dan 22 tahun dengan seorang daripadanya dipercayai teman lelaki wanita itu.  Semasa ditahan, dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Menceritakan detik hitam yang dilalui, wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia mula terlibat dalam aktiviti tidak bermoral pada usia 18 tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan rakan sekampung.

Katanya, selepas itu dia mula berkenalan dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi teman lelakinya sebelum dijual kepada seorang bapa ayam di bandar ini.

“Sejak dijual kepada bapa ayam saya mula terlibat dalam aktiviti terbabit, dengan diawasi bapa ayam itu. Teman lelaki yang menjual saya itu kemudiannya menghilangkan diri.

“Setahun kemudian, bapa ayam itu ditangkap dan saya bebas, tetapi saya tetap memilih jalan ini, lagipun mereka tidak tahu tentang pekerjaan saya dan tidak pernah ambil tahu. Keluarga saya juga orang susah dan saya hanya bersekolah setakat darjah enam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan mengenai penahanan wanita dan dua lelaki itu.(SH)

Rabu, 18 September 2013

Gadis berusia 14 tahun diperkosa


KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun di sebuah pusat karaoke awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Fahmi Sharifudin, 25, yang bertugas di Kem Sungai Besi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar tingkatan dua berkenaan di sebuah pusat karaoke di ibu negara pada pukul 4.30 petang, 2 September lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadia- na Mamat tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana pertuduhan serius selain ditakuti akan mengganggu mangsa.

Mohd. Fahmi yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu diberikan jaminan kerana dia ingin menyambung kerja dan berjumpa keluarga.


1,000 warga Malaysia nikah di Thailand sebulan


KUALA LUMPUR - Secara purata 1,000 rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 30-an melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan.

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.

“Jumlah yang direkod membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan dan mendapat pengesahan pejabat Konsulat Malaysia di sini.

“Ada dalam kalangan pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan warganegara lain seperti Thailand, India dan Pakistan,” dedah beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Persatuan 12 buah sekolah di Songkhla, Thailand di Kompleks Sukan di sini semalam.

MoU tersebut akan menyaksikan kerjasama KPTM dan 12 buah sekolah di Songkhla dalam menjayakan pusat bahasa yang ditubuhkan KPTM di wilayah itu untuk membantu pelajar-pelajar di negara jiran menguasai bahasa Melayu dan Inggeris.

Video Asusila Guru dan Mahasiswi di Bireuen



BIREUEN -  Beredarnya video asusila oknum guru salah satu SMPN di Jeunib, Bireuen dengan mahasiswi, memunculkan reaksi dari berbagai kalangan. Ketua Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI) Kabupaten Bireuen menyatakan, kendati masih berstatus magang, tindakan oknum tersebut merusak dunia pendidikan Bireuen serta wajah profesi guru.

“Walau statusnya masih magang, tapi profesi yang ia jalankan adalah seorang pendidik yang seyogianya memberi contoh baik bagi lingkungan juga dirinya sendiri,” jelas Ketua PGRI Bireuen Drs. Zainuddin Karim, Rabu (4/9/2013).

Untuk itu, Zainuddin berharap pemeran video asuslia diproses secara hukum. Apalagi video tersebut sudah beredar luas di masyarakat.

Senada, ulama perempuan asal Bireuen, Tgk Nurhayati, menyatakan miris dengan kejadian tersebut. Kata dia, tak seharusnya seorang guru yang menjadi figur bagi anak didiknya melakukan perbuatan zina, apalagi disebarkan melalui media elektronik.

“Walaupun tidak bermaksud disebarkan, perbuatan itu merupakan dosa besar yang tidak seharusnya dilakukan di luar tali pernikahan,” tegas Tgk Nurhayati dengan nada tinggi.

Dia juga mendesak aparat terkait segera melanjutkan proses hukum agar kedua pelaku dijatuhi hukuman pantas.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular