Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 12 Mei 2013

Dicekup ketika sedang berbogel


PETALING JAYA - Seorang wanita warga asing yang sedang asyik mengurut pelanggannya dalam keadaan berbogel di dalam bilik tersentak selepas premis tempatnya bekerja di Taman Bahagia, Sea Park dekat sini diserbu sepasukan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPD Petaling Jaya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed berkata, wanita itu bersama empat lagi wanita, juga warga asing termasuk seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai penjaga premis, turut ditahan.

“Lima wanita berusia dalam lingkungan 23 hingga 34 tahun itu berasal dari Indonesia, Vieatnam, Thailand dan China,” katanya.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut merampas 34 keping kondom yang disorok di bawah laci meja.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular