Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 12 Mei 2013

Terdapat gadis berusia 13 tahun melahirkan anak luar nikah di Sarawak



KUCHING – Jumlah wanita mengandung tanpa berkahwin semakin membimbangkan di Sarawak apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 35 peratus atau 1,658 kes tahun lalu berbanding 1,223 kes pada 2009.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihaknya risau dengan trend tersebut memandangkan ia boleh mendatangkan implikasi negatif terhadap perhubungan mereka dengan masyarakat umum.

Misalnya, ujar Fatimah, ada dalam kalangan mereka yang berusia 13 tahun sudah melahirkan anak luar nikah tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

“Hal ini akan menyumbangkan terhadap stigma sosial, sekali gus menyebabkan mereka (ibu muda) hidup tertekan.

“Sepatutnya mereka melihat ikatan perkahwinan adalah satu kontrak suci antara suami dan isteri. Ia adalah kontrak yang dipenuhi dengan unsur-unsur agama, moral dan rohani,” katanya.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular