Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Mei 2013

Ummu Jah disiasat JAIS

SEPANG – Hatijah Aam, balu Ashaari Muhammad pengasas ajaran sesat Al-Arqam, yang diusir pihak berkuasa Arab Saudi ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebaik dia bersama 10 pengikutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Wanita itu yang lebih dikenali dengan gelaran Ummu Jah, 59, tiba di KLIA pada pukul 11.40 pagi selepas menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Jeddah.

Seorang bayi anggota keluarga kumpulan itu yang dipercayai berusia tujuh bulan dan tidak diketahui jantina dihantar ke Hospital Putrajaya kerana mengalami masalah kesihatan.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam bagi proses disoal siasat mengenai aktiviti mereka semasa berada di Mekah.

“Ummu Jah dan pengikutnya ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi ekoran program pemutihan yang dilakukan negara itu yang dimulakan sejak 9 April lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular