Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 7 Mei 2013

Rakyat Kelantan dilarang sertai Perhimpunan 505



KOTA BHARU - Polis Kelantan menasihatkan rakyat di negeri ini supaya tidak terpedaya dengan khabar angin yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak menyertai Perhimpunan 505 di Putrajaya.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, SMS itu dikesan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha cuba menggugat keselamatan negara.

“Mereka ini (penyebar SMS) cuba meraih simpati rakyat Kelantan supaya berkumpul di Putrajaya dan Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan kebangkitan semangat, Perhimpunan 505.

“Polis tidak pasti tujuan penganjurannya tetapi mempercayai ia satu usaha yang tidak betul. Tindakan ini boleh mencetuskan senario huru-hara di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen di sini, semalam.

Jalaluddin berkata, pihaknya mengesan pergerakan kumpulan ini yang dikhabarkan akan menyewa bas dan memujuk rakyat Kelantan menyertai perhimpunan haram itu.

“Kami tidak tahu bila tarikh perhimpunan itu akan diadakan. Tetapi, kami menasihatkan supaya rakyat negeri ini tidak terpengaruh, mempercayai mahupun terlibat dengan penganjuran perhimpunan itu nanti.

“Kepada mereka yang menerima SMS ini diminta tampil membuat laporan di balai berdekatan supaya pihak polis dapat mengambil tindakan susulan demi menjaga keamanan dan kemakmuran. Mereka yang enggan atau mengingkari arahan boleh ditahan dan didakwa kerana cuba menggugat keamanan,” katanya.

Sementara itu, dua pemuda berusia 21 dan 22 tahun ditahan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri kerana ada dalam milikan mereka 10 mercun bola, Sabtu lalu.

“Kedua-duanya ditahan reman selama tiga hari sehingga esok (ini). Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular