Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Mei 2013

Naik skuter ke Makkah



Idris bersama jemaah umrah Kelab Vespa Samudera yang akan berlepas menggunakan jalan darat 17 Mei ini di perkarangan rumahnya, semalam.

KLEBANG - Sembilan ahli Kelab Vespa Samudera Melaka akan melakar sejarah berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah menerusi jalan darat.

Menurut pengerusi kelab berkenaan, Rahim Ahmad, konvoi berkenaan terdiri daripada tujuh jemaah lelaki dan dua jemaah perempuan akan menggunakan lima skuter Vespa serta sebuah pacuan empat roda yang mengambil masa perjalanan selama 45 hingga 50 hari dengan jarak 12,000 kilometer.

“Kita nak cari kemanisan dalam kepahitan dan kita nak cari kesenangan dalam kesusahan. Jadi kita kita nak buat sesuatu yang mencabar walaupun kita tahu banyak risiko.

“Kita nak tunjukkan bahawa dengan skuter juga kita boleh berdakwah dan dengan motor juga kita boleh timba pengetahuan dan menambah kenalan,” katanya.

Majlis perlepasannya konvoi berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Melaka yang baru, Datuk Idris Haron di rumahnya di Kampung Klebang Kechil, di sini, semalam.

Rahim berkata, mereka dijangka bertolak pada 17 Mei dan semua kenderaan terbabit dihantar ke Chennai, India menerusi kapal laut di Pelabuhan Klang, semalam.

“Pada awalnya kita rancang nak ikut jalan darat melalui Thailand, tetapi berdepan pelbagai rintangan. Jadi kami tidak mahu mengambil risiko.

“Kalau tiada halangan, kami akan melalui enam negara termasuk India, Pakistan, Iran dan Arab Saudi.

“Sebenarnya kami berdakwah untuk diri sendiri, peserta dan kalau ada sedikit ilmu kita kongsi bersama untuk kebaikan peminat motor dan Lambretta,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular